Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama korporat ringan beban golongan sasar

-

MIRI: Program Sejambak Kasih dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri dan Hotel Dynasti Miri selama 15 tahun merupakan kerjasama korporat bersama kerajaan bagi meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata pihak JKM Sarawak memberi penghargaa­n kepada Hotel Dynasti Miri terutama Pengarah Urusannya, Tony Pui.

“Penerima bantuan program Sejambak Kasih di Miri ini beruntung kepada Hotel Dynasti sendiri memberi sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada penerima di samping bantuan sedia ada dari JKM Sarawak,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada majlis Program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2017 di Miri pada Rabu.

Fatimah mengakui bahawa Hotel Dynasti Miri banyak menyumbang kepada masyarakat sebagai tangungjaw­ab sosial korporat (SCR) dalam pelbagai perayaan besar di Sarawak.

“Kita ingin memaklum bahawa bantuan kita (JKM) bukan hanya untuk golongan tertentu sebaliknya membantu semua orang tanpa mengira kaum dan hanya di Sarawak sahaja Sejambak Kasih ini dilaksana,” katanya.

Bahkan menurut Fatimah berkata program itu meringanka­n beban kepada golongan kurang berkemampu­an seperti warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Program Sejambak Kasih dianjur meringan beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan bukan sahaja perayaan Tahun Baharu Cina juga perayaan lain di Sarawak..

“Setiap penerima menerima wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang di samping hamper bernilai RM50 sementara mereka yang tidak dapat hadir sumbangan akan dikreditka­n dalam akaun mereka,” katanya.

Pihak Hotel Dynasti Miri juga turut menyumbang hamper berupa barangan keperluan asas kepada 150 penerima dengan jumlah hamper bernilai RM150 setiap satu.

 ??  ?? FATIMAH (dua kanan) sambil disaksikan Tony Pui (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Program Sejambak Kasih di Miri.
FATIMAH (dua kanan) sambil disaksikan Tony Pui (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sempena Program Sejambak Kasih di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia