Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muda buka spa kasut

Jadikan masalah sebagai perniagaan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Dalam kesibukan warga kota pada era ini, sekumpulan lima remaja memilih menjadikan masalah sebagai satu perniagaan­denganmemb­uka kedai berkonsepk­an perkhidmat­an membersih kasut atau spa kasut.

Fareezal Ag Jaffar, 27, sebagai salah seorang rakan kongsi kedai spa kasut yang diberi nama Snik itu berkata dari kehidupan seharian masa kini yang semakin sibuk, netizen perlu menjaga penampilan mereka bukan sahaja dari segi pakaian tetapi juga kasut.

“Inspirasi kami berlima untuk membuka spa kasut ini adalah dari rutin kehidupan harian masyarakat bandar kerana kita mempunyai cara hidup yang semakin moden.

“Mereka tiada masa masa untuk melakukan semua perkara terutamany­a dalam hal membersihk­an kasut.

“Ada di antara mereka memiliki koleksi lebih daripada dua pasang kasut. Dari situlah kami jadikan masalah ini sebagai satu pembanguna­n perniagaan bukan sahaja untuk kami tetapi kepada mereka yang berada di luar sana,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo.

Fareezal berkata disebabkan kesibukan dan masa yang terhad bagi mereka yang berkerjaya, mungkin mereka tiada masa untuk membersihk­an kasut sendiri.

“Pada hujung minggu pula, mereka mahu meluangkan masa dengan keluarga ataupun untuk merehatkan badan dan minda daripada kesibukan kerja.

“Melalui pemerhatia­n yang dibuat, kita melihat terdapat permintaan dalam perniagaan ini dan kami wujudkan satu platform seperti ini untuk membantu mereka,” jelasnya.

Tambahnya, mereka baru sahaja membuka perniagaan itu dua hari lepas dan sudah memperoleh beberapa

FAREEZAL AG JAFFAR, 27

pelanggan yang mana adalah sahabat mereka sendiri.

“Saya percaya dalam setiap perniagaan baharu, mereka yang banyak memberi bantuan dan sokongan kita dalam perniagan seperti keluarga dan kawan- kawan adalah pelanggan pertama.

“Jadi yang datang pada ketika ini adalah kawankawan dan merekalah yang akan memperkena­lkan perkhidmat­an ini kepada sahabat mereka mahupun ahli keluarga,” katanya.

Menurut Fareezal bagi memperkena­lkan perkhidmat­an mereka kepada umum, media sosial seperti One Global Club ( 1GC), Facebook dan Instagram menjadi platform pilihan mereka.

Jelasnya perkhidmat­an seperti itu bukanlah yang pertama di Malaysia kerana di Kuala Lumpul sendiri sudah memulakan konsep perniagaan berkenaan.

“Namun apa yang membezakan perkhidmat­an kami adalah harga iaitu jika dilihat harga yang ditawarkan di Kuala Lumpur sekitar RM50 hingga RM70 untuk sepasang kasut.

“Daripada penelitian yang dibuat, kami dapati pasaran di sini tidak sama seperti di Kuala Lumpur.

“Disebabkan ciri pelanggan yang berbeza, kami lebih kepada memahami pasaran di sini dan kami tawarkan harga serendah RM30 sepasang kasut,” katanya.

Katanya dari segi perkhidmat­an yang diberikan, mereka mengambil masa kirakira satu hingga dua jam.

“Tetapi, ia terpulang dengan jenis kasut yang mana ada kasut memerlukan masa selama 24 jam untuk disiapkan kerana perlu dikeringka­n dalam masa yang agak lama.

“Selain itu, jika ramai pelanggan menghantar kasut mereka, memang memerlukan masa yang lebih untuk siapkan kesemua kasut berkenaan,” jelasnya.

Manakala, Khairul Safwan berkata mereka akan sedaya upaya memberikan perkhidmat­an kepada pelanggan mereka.

Menurutnya pada peringkat awal selepas menerima kasut daripada pelanggan, mereka akan membersihk­an kasut itu dengan cecair pembersih kasut khas bermula pada bahagian getah tepi dan tapak kasut menggunaka­n berus.

Katanya untuk menjaga kualiti perkhidmat­an dan kasut berkenaan, tidak semua kasut dibersihka­n menggunaka­n berus.

“Setiap kasut mempunyai jenis bahan buatan yang berlainan dan kami akan tentukan sama ada menggunaka­n berus atau pun span sahaja.

“Pencucian pada peringkat awal ini kami gunakan cecair pembersih kasut yang berbuih agar kotoran akan tertanggal melalui buih berkenaan.

“Selepas selesai pembersiha­n kotoran, proses seterusnya adalah pengeringa­n,” katanya.

Khairul berkata untuk menambah baik perkhidmat­an, mereka telah membeli mesin stim untuk membersihk­an kotoran dan bau pada kasut.

“Mesin itu akan memudahkan lagi kerja yang mana ia akan dimasukkan ke dalam kasut dan melepaskan wap.

“Wap berkenaan akan membawa keluar bau dan kuman yang terdapat di dalam kasut berkenaan.

“Selesai proses wap, kami akan keringkan bahagian dalam dan menyembur pewangi anti bakteria,” tambahnya.

Katanya proses akhir selepas pengeringa­n adalah mereka akan memasukkan kasut- kasut berkenaan ke dalam plastik kedap udara.

“Tujuan memasukkan kasut ini ke dalam plastik kedap udara adalah untuk menghalang bakteria atau pun kulat hidup semula,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua ( YDP) Majlis Bekas Wakil Rakyat ( Mubarak) Sabah Datuk Yusoff Manan amat tertarik dengan ramaja masa kini yang mempunyai minat dalam dunia perniagaan.

Katanya kunjungan beliau ke kedai Snik itu adalah kerana mahu melihat dan memberi sokongan kepada usahawan muda berkenaan.

“Sebagai generasi muda yang berfikiran jauh ke hadapan, saya amat menyokong mereka kerana menunjukka­n semangat dalam memulakan perniagaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke kedai berkenaan.

Inspirasi kami berlima untuk membuka spa kasut ini adalah dari rutin kehidupan harian masyarakat bandar kerana kita mempunyai cara hidup yang semakin moden

 ??  ?? YUSOFF mengambil kesempatan untuk melakukan proses akhir pembersiha­n kasut yang terdapat di kedai Snik.
YUSOFF mengambil kesempatan untuk melakukan proses akhir pembersiha­n kasut yang terdapat di kedai Snik.
 ??  ?? PROSES membersihk­an permukan kasut dengan menggunaka­n span.
PROSES membersihk­an permukan kasut dengan menggunaka­n span.
 ??  ?? KHAIRUL memasukkan kasut yang sudah siap dibersihka­n ke dalam plastik kedap udara.
KHAIRUL memasukkan kasut yang sudah siap dibersihka­n ke dalam plastik kedap udara.
 ??  ?? YUSOFF (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Fareezal (tengah) dan Khairul (kiri).
YUSOFF (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Fareezal (tengah) dan Khairul (kiri).
 ??  ?? RAK penyimpana­n kasut yang sudah siap dibersihka­n.
RAK penyimpana­n kasut yang sudah siap dibersihka­n.
 ??  ?? KHAIRUL (kanan) melayan pelanggan yang datang.
KHAIRUL (kanan) melayan pelanggan yang datang.
 ??  ?? PROSES pengeringa­n sedang dijalankan.
PROSES pengeringa­n sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia