Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai program menarik disediakan sempena Karnival Tahun Baru Cina

-

KOTA KINABALU: Karnival Tahunan Tahun Baru Cina 2017 anjuran bersama Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan diadakan di Padang Merdeka pada 23 hingga 26 Januari ini.

Karnival selama empat hari ini akan diisi pelbagai program untuk orang ramai daripada semua peringkat umur untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan, bersama- sama menterimen­teri Kabinet Negeri, ahli-ahli Parlimen Cina, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat Cina.

Pihak penganjur telah menyediaka­n pelbagai program menarik untuk hari pertama karnival berkenaan.

Pengerusi Persatuan Guru Besar Sekolah Rendah Cina Sabah Datuk Eng Thiam Leong dan semua sekolah rendah Cina di Kota Kinabalu telah memberikan sokongan padu mereka dengan penyertaan dalam pertanding­an pertunjuka­n bakat.

Pertanding­an ini yang terbuka kepada pelajar sekolah rendah Cina akan diadakan pada jam 5 petang pada 23 Januari.

Setakat ini, sebanyak 22 pasukan daripada 10 sekolah rendah telah mendaftar untuk pertanding­an itu.

Sekolah- sekolah yang mengambil bahagian ialah SJK(C) St James Kota Kinabalu, SJK(C) Lok Yuk Likas, SJK(C) Hwa Siong Putatan, SJK(C) Chung Hwa Likas, SJK(C) St Philip, SJK(C) Shan Tao, SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu, SJK(C) Yue Min, SJK(C) Yick Nam dan SJK(C) Anglo Chinese.

Selain itu, akan diadakan persembaha­n pentas oleh Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SJK(C) Chung Hwa Likas.

Kira-kira 300 ahli daripada masyarakat wanita akan mem- persembahk­an `line dance’ pada waktu malam, dan juga persembaha­n nyanyian oleh kumpulan koir DBKK.

Kemuncak malam itu adalah persembaha­n istimewa daripada artis jemputan yang popular dengan lagu Hokkien, Catherine Yu, yang telah memenangi pertanding­an Lagu Hokkien Peringkat Dunia di Fuzhou, China pada 2009.

Pada tahun ini, karnival ini akan menampilka­n `Reunion Makanan Tradisiona­l’, di mana Biro Wanita FCAS akan memperkena­lkan pelbagai makanan tradisiona­l Cina.

Sementara itu, pusingan awal pertanding­an nyanyian dijadualka­n bermula pada jam 10 malam.

Pasar Malam Tahun Baru dan persembaha­n tarian singa juga diadakan dalam karnival ini.

Pasar malam akan bermula dari 21 hingga 26 Januari dengan kira-kira 200 gerai menjual pelbagai makanan, pakaian menarik, barang-barang perayaan dan banyak lagi.

Terdapat juga pertunjuka­n bunga api di akhir acara untuk menandakan kedatangan perayaan.

Presiden FCAS Datuk Seri Panglima (Dr) TC Goh menjemput rakyat, terutama yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu untuk menyertai perayaan berkenaan.

 ??  ?? PELAJAR dari SJK(C) Yick Nam yang akan bertanding dalam pertanding­an pertunjuka­n bakat.
PELAJAR dari SJK(C) Yick Nam yang akan bertanding dalam pertanding­an pertunjuka­n bakat.
 ??  ?? PARA peserta dari SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu.
PARA peserta dari SJK(C) Chung Hwa Kota Kinabalu.
 ??  ?? PARA peserta dari SJK(C) Shan Tao.
PARA peserta dari SJK(C) Shan Tao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia