Utusan Borneo (Sabah)

SEC tunggu kelulusan Kabinet

Bekal LNG kepada pelanggan di Sabah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Berikutan permintaan yang tinggi bagi mendapatka­n gas asli dalam kalangan penggiat industri perhotelan di negeri ini maka, Sabah Energy Corporatio­n (SEC) berusaha mendapatka­n kelulusan Kabinet bagi membenarka­n mereka membekalka­n gas asli cecair (LNG).

Bagaimanap­un, SEC masih dalam proses menunggu kelulusan Kabinet dan dijangka menjelang akhir tahun ini mahupun awal tahun hadapan, SEC sudah boleh mula membekalka­n LNG kepada pelanggan. Syarikat pengedar dan penjual gas asli berlesen di Sabah ini mengambil langkah berkenaan bagi membolehka­n lebih banyak hotel di negeri ini menggunaka­n gas asli dalam operasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd Datuk Harun Is- mail berkata penggunaan gas asli mampat (CNG) yang sedia ada dan kini disalurkan ke hotel memerlukan ruang yang agak besar untuk menempatka­n kontena CNG.

Atas sebab itu, biarpun mendapat banyak permintaan daripada hotelhotel namun, SEC tidak dapat membekalka­n CNG kepada mereka disebabkan masalah kekurangan ruang di kawasan hotel untuk menempatka­n kontena CNG.

Dengan itu, katanya, SEC mengambil pendekatan untuk membekalka­n LNG kepada pelanggan kerana ia hanya memerlukan ruang yang kecil.

“Konsep penyaluran LNG ini sama dengan CNG namun, kuantiti bekalan yang disalurkan jauh lebih banyak. Malah, ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk menempatka­n tangki kami.

“Dari segi kapasiti pula, CNG mampu membekalka­n tenaga sehingga 5,000 standard meter cube,” katanya ketika ditanya adakah Sabah Energy akan turut mendekati hotel lain bagi membekalka­n CNG.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Daugh- ter Station kesembilan yang ditempatka­n di Shangri-La Tanjung Aru (STAR), di sini, kelmarin.

Mengenai langkah STAR menggunaka­n CNG yang dibekalkan melalui virtual pipeline system (VPS), beliau melihat usaha itu mampu menjimatka­n tenaga serta kos yang ditanggung hotel berkenaan.

“Dengan harga diesel pada masa ini, penggunaan CNG di STAR dilihat akan menjimatka­n kos sehingga 25 peratus berbanding penggunaan diesel sebelum ini,” katanya.

Malah, penggunaan CNG yang membekalka­n kuasa lebih bersih itu juga membolehka­n STAR selaku hotel kedua menggunaka­n CNG mampu mengurangk­an kos penyelengg­araan mesin mereka.

Hotel pertama yang menggunaka­n CNG adalah Sutera Harbour Resort dan daugther station itu adalah stesen kesembilan yang ditubuhkan.

Harun berkata secara keseluruha­n, terdapat 22 pelanggan SEC di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang menerima bekalan gas asli daripada mereka.

“Konsep penyaluran LNG ini sama dengan CNG namun, kuantiti bekalan yang disalurkan jauh lebih banyak. Malah, ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk menempatka­n tangki kami.” DATUK HARUN ISMAIL Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd

 ??  ?? HARUN (enam dari kiri) bersama Pengurus Besar STAR Gavin Weightman (lima dari kiri) semasa simbolik pelancaran VPS yang menyalurka­n CNG, kelmarin.
HARUN (enam dari kiri) bersama Pengurus Besar STAR Gavin Weightman (lima dari kiri) semasa simbolik pelancaran VPS yang menyalurka­n CNG, kelmarin.
 ??  ?? HARUN (10 dari kiri) bersama Pengurus Besar STAR Gavin Weightman (tujuh dari kanan) serta pegawai kanan SEC dan STAR yang lain ketika melawat Daughter Station.
HARUN (10 dari kiri) bersama Pengurus Besar STAR Gavin Weightman (tujuh dari kanan) serta pegawai kanan SEC dan STAR yang lain ketika melawat Daughter Station.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia