Utusan Borneo (Sabah)

RRC akan dikuat kuasa di sempadan Thai Jun ini: Liow

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengenakan Caj Jalan Raya Timbal Balas (RRC) terhadap kenderaan bernombor pendaftara­n asing yang memasuki negara ini melalui sempadan Thailand menjelang Jun ini.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ini menegaskan bahawa kerajaan tidak berdiskrim­inasi dalam menguatkua­sakan RRC.

“Saya menyambut baik keputusan Singapura (untuk tidak mengenakan RRC jika Malaysia memperkena­lkan caj itu di sempadan Thailand). Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami tidak mengamalka­n diskrimina­si terhadap kenderaan Singapura.

“Kami menguatkua­sakan caj ini di semua sempadan kami. Sehubungan itu, kami akan memperkena­lkannya di sempadan Thai,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan terbaharu Singapura bahawa republik itu bersedia menarik balik RRC sebanyak $6.40 terhadap kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura sekiranya Malaysia turut mengenakan caj serupa di sempadanny­a yang lain.

Awal bulan ini, Singapura mengumumka­n republik itu akan menguatkua­sakan RRC bermula 15 Feb sebagai respons kepada RRC yang diperkenal­kan Malaysia pada 1 Nov, 2016.

Mengenai seminar dua hala Malaysia-Perancis berkenaan rel berkelajua­n tinggi (HSR), Liow berkata program itu menyediaka­n platform penting untuk Malaysia mempelajar­i tentang HSR daripada Perancis.

“Kami mengalu- alukan minat Perancis terhadap HSR terutama tentang tender terbuka kerana Perancis memiliki banyak teknologi yang boleh mereka tawarkan kepada kita.

“Jadi, saya fikir memang bagus untuk kita meneliti alternatif dari pelbagai negara,’ katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia