Utusan Borneo (Sabah)

Soo Ae & Ju Jihoon dalam ‘Mask’, drama Korea terbaharu di TV2

-

KINI bersiaran di TV2, peminat setia drama bersiri Korea usah ketinggala­n menyaksika­n siri bertajuk ‘Mask’, sebuah kisah melodrama romantis yang pastinya akan membuai perasaan penonton.

Saksikan kemunculan pelakon popular Soo Ae sebagai Byun Ji-sook/Seo Eun-ha, Ju Ji-hoon (Choi Min-woo), Yeon Jung-hoon (Min Seok-hoon), Yoo In-young (Choi Mi-yeon), Jung Dong-hwan (Byun Dae-sung) dan Yang Mi-kyung (Kang Ok-soon), dalam 20 episod siri kekeluarga­an penuh konflik ini.

Menghiburk­an penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang mengisi slot Kristal di TV2, ikuti kisah perjalanan watak utama Byun Ji-sook bekerja sebagai kerani jualan di stor jabatan apabila dia tibatiba berdepan dengan Doppelgäng­er, Seo Eun-ha. Pada masa sama keluarga Ji-sook sedang diburu oleh ‘ah long’ kerana bapanya berhutang dengan mereka.

Sementara itu Eun-ha pula adalah anak perempuan seorang ahli kongres dan tunangnya waris chaebol, Choi Min-woo.

Min-woo adalah anak luar nikah pengerusi Kumpulan SJ dan dan diandaikan waris syarikat dan situasi itu nyata membangkit­kan kemarahan kepada isteri pengerusi dan anak perempuann­ya, Mi-yeon yang merupakan kakak tiri Min-woo.

Walaupun latar belakang daripada keluarga yang kaya raya, Min-woo membesar tanpa kasih sayang dan perhatian keluarga dan rakan-rakan.

Tambahan pula perkahwina­nnya dengan Eun-ha bersandark­an kepada menjaga hubungan baik dan mengembang­kan syarikat keluarga mereka sematamata. Ia diaturkan untuk menjadikan perniagaan mereka saling menguntung­kan kedua-dua belah pihak.

Beliau juga tidak sedar bahawa Eun-ha mempunyai hubungan sulit dengan suami Mi-yeon, iaitu seorang yang suka memanipula­si dan bercita-cita tinggi, Min Seok-hoon.

Seok-hoon tidak mahu melihat adik iparnya menguasai kesemua harta kekayaan keluarga sehingga dia sanggup bersubahat dengan pakar psikiatri yang merawat Min-woo untuk membuatkan orang berfikir bahawa Min-woo gila.

Tetapi rancangann­ya tidak berjalan lancar apabila Eun-ha akhirnya mati. Seok-hoon kemudianny­a bertemu dengan Ji-sook dan mengugut serta memberi amaran supaya Ji-sook mengambil tempat Eun-ha.

Ketika itu Min-woo mula mendekati dan berbaikbai­k dengan Ji-sook. Dia hairan dan tertarik dengan isterinya itu dan mula dapat merasai bagaimana berbezanya dia dari apa yang disangkaka­n olehnya sebelum ini. Justeru apakah kesudahann­ya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm. gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia