Utusan Borneo (Sabah)

Drama ‘7 Hari Mencintaik­u’ raikan 10 pemenang bertuah

-

BARU-baru ini, hampir 5 juta penonton telah dijangkiti wabak demam drama ‘7 Hari Mencintaik­u’. Bagi meraikan kejayaan drama bersiri terbaik TV3 tahun 2016, sebuah sesi beramah mesra bersama barisan pelakon telah dianjurkan khas buat 10 orang pemenang bertuah peraduan media sosial.

Sesi ramah mesra yang berlangsun­g di The Terrace Restaurant, The Royale Bintang, The Curve ini juga merupakan sebuah malam penghargaa­n kepada semua pihak yang berjaya menjadikan drama ini sebagai sebuah fenomena hebat di Malaysia.

Antara barisan pelakon yang akan memeriahka­n lagi acara ini ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifli, Wan Sharmila, adik Mohd. Arif Abdullah, Liza Abdullah, Jaja Illiyes DFKL, Faye Kusairi dan Rosnah Johari.

Drama bersiri 28 episod arahan Jamal Khan dan terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. ini telah menjadi ‘kegilaan’ orang ramai sejak disiarkan pada 7 November 2016 menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.58 petang.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Penjenamaa­n dan Rancangan TV3 & TV9, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, “Kami amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai melalui drama ini. Alhamdulil­lah, Rating drama ‘7 Hari Mencintaik­u’ berjaya mendahului rekod rating tertinggi bagi dramadrama lain yang pernah bersiaran di TV3 sebelum ini seperti ‘Nur Kasih’ dan juga ‘Love You Mr. Arrogant’.

Rating terkumpul untuk semua episod drama ini berjumlah 12 juta penonton dan rating untuk satu jam siaran dari jam 6.58 malam sehingga 8 malam pada episod akhir telah mencecah 5 juta penonton.

Selain berjaya memecahkan rekod rating drama TV3, ‘7 Hari Mencintaik­u’ juga telah berjaya menusuk jiwa orang ramai dengan babak-babak yang mengharuka­n sehingga menjadi tular di laman media sosial.

“Kami ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua peminat yang tidak pernah berhenti untuk memberi sokongan kepada drama bersiri ini. InsyaAllah kami akan terus menyajikan drama-drama bersiri yang menarik dan berkualiti tinggi untuk penonton-penonton setia drama TV3,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia