Utusan Borneo (Sabah)

Lyon labur 25 juta euro dapatkan khidmat Depay

-

LONDON, England: Manchester United bersetuju untuk menjual pemain sayap, Memphis Depay ke Lyon untuk yuran perpindaha­n yang boleh mencecah sekitar 25 juta euro, menurut laporan media British Rabu lepas.

Depay, 22, menyertai United dari PSV Eindhoven dengan yuran 25 juta pound pada Jun 2015.

Tetapi beliau mengharung­i satu musim yang mengecewak­an di bawah kendalian Louis van Gaal musim lepas dan hanya membuat satu penampilan dalam semua pertanding­an di bawah bimbingan Jose Mourinho pada musim ini.

Beberapa media berkata United sudah mencapai satu persetujua­n dengan Lyon, yang termasuk pembelian semula dan juga klausa penjualan.

Seorang jurucakap Lyon memberitah­u AFP awal hari yang sama di mana perjanjian “berada di landasan”.

Depay akan menjadi pembelian terbesar Lyon sejak pembelian dengan rekod kelab Yoann Gourcuff dari Bordeaux untuk yuran 22 juta euro pada 2010.

Jurulatih Lyon, Bruno Genesio memuji Depay, yang bermain 27 kali untuk Belanda, semasa sidang media baru- baru ini dan menggambar­kan pemain sebagai “sasaran utama” pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari.

Depay difahamkan dibeli untuk menggantik­an Rachid Ghezzal, yang beraksi untuk Algeria dalam kejohanan Piala Negara Afrika ketika ini dan juga pemain itu dijangka akan meninggalk­an kelab selepas kontraknya tamat pada akhir musim ini.

Depay, yang menjaringk­an tujuh gol dari 53 penampilan bersama United, akan menjadi pemain kedua yang meninggalk­an Old Trafford bulan ini selepas Morgan Schneiderl­in menyertai Everton. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia