Utusan Borneo (Sabah)

Copa del Rey: Celta kejutkan Real di Santiago Bernabeu

-

MADRID, Sepanyol: Selepas mengakhiri 40 perlawanan tanpa kalah, Real Madrid mengalami kekalahan kedua berturut- turut dalam masa empat hari apabila kecundang 1-2 kepada Celta Vigo pada perlawanan suku akhir pertama Copa del Rey di Santiago Bernabeu Rabu lepas.

Kesemua tiga gol dijaringka­n dalam tempoh enam minit pada pertengaha­n separuh masa kedua ketika penyerang Iago Aspas dan Jonny menjaringk­an gol di antara gol penyamaan Real, oleh Marcelo untuk memberikan kemenangan bersejarah Celta.

Real masih boleh mengekalka­n impian memburu tiga kejuaraan yang pertama mereka dalam satu musim – La Liga Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara – dengan kemenangan pada perlawanan kedua tetapi perlu menjaringk­an sekurang-kurangnya dua gol apabila bertandang ke Balaidos untuk perlawanan kedua pada 25 Januari.

“Saya tidak bimbang,” jelas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.

“Ia tidak bagus untuk kami ketika ini, dua kekalahan berturut-turut tetapi kami boleh mengharung­inya. Kami masih ada satu perlawanan lagi.

“Tewas 1-2 bukan keputusan yang kami mahu tetapi kami masih boleh pergi ke sana (Celta Vigo) dan mengubahny­a.”

Jurulatih Celta, Eduardo Berizzo berkata kemenangan pertama pasukannya di Bernabeu dalam tempoh satu dekad tidak mengejutka­nnya tetapi mereka perlu beraksi lebih baik di tempat sendiri untuk menamatkan saingan.

“Tiada kemenangan pasukan saya yang mengejutka­n. Ia satu kemenangan yang besar, datang ke tempat seperti ini dan berdepan pasukan terbaik di dunia, tetapi kami percaya kami boleh melakukann­ya,” kata Berizzo.

“Kami berasa gembira untuk menang tetapi ia menyebabka­n kami perlu beraksi lebih baik di Vigo kerana kami berdepan lawan yang hebat dan ia adalah ujian paling sukar kami.”

Cristiano Ronaldo membuat penampilan pertama dalam Copa del Rey untuk dua tahun ketika Zidane menurunkan skuad terkuat dengan hanya empat pertukaran dari skuad yang tewas buat kali pertama dalam 41 perlawanan di Sevilla Ahad lepas. — AFP

 ??  ?? RONALDO (tengah) diasak oleh benteng pertahanan Celta di dalam petak penalti pada aksi Copa del Rey di Santiago Bernabeu, Madrid pada Rabu lepas. — Gambar Reuters
RONALDO (tengah) diasak oleh benteng pertahanan Celta di dalam petak penalti pada aksi Copa del Rey di Santiago Bernabeu, Madrid pada Rabu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia