Utusan Borneo (Sabah)

The Reds mara ke pusingan keempat Piala FA

-

PLYMOUTH, England: Lucas Leiva menjaringk­an gol pertama beliau dalam tempoh tujuh tahun untuk memastikan Liverpool menewaskan kelab divisyen empat, Plymouth Argyle 1-0 pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Inggeris Rabu lepas.

Pemain antarabang­sa Brazil, yang bermain di posisi pertahanan tengah, menyempurn­akan satu tandukan Philippe Coutinho pada minit ke-18 untuk menewaskan Plymouth, yang mengikat Liverpool tanpa jaringan di Anfield sepuluh hari yang lalu.

Skuad kedua Liverpool tidak bernasib baik menambah jaringan apabila Divock Origi gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti lewat untuk menamatkan saingan pasukan lawan.

“Setiap minggu dalam sesi latihan, kami bermain sistem pemain muda menentang pemain lama dan beliau adalah penjaring terbanyak pasukan lama, sesuatu yang luar biasa sekali,” kata pengurus Liv- erpool, Jurgen Klopp ketika merujuk kepada Lucas.

“Mungkin ia bukan perlawanan yang paling menarik tetapi bagi kami, ia sangat penting kerana ia adalah satu lagi perlawanan untuk beberapa pemain muda, jadi ia bagus sekali.”

Liverpool, di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, akan menanti kunjungan Wolverhamp­ton Wandereres di pusingan keempat pada 28 Januari depan.

Lucas menjaringk­an gol pertamanya sejak gol pada perlawanan Liga Europa menentang Steaua Bucharest pada September 2010.

Gol itu membuktika­n keputusan tepat Klopp meletakkan Coutinho dalam kesebelasa­n utama buat kali pertama selepas mengalami kecederaan ketika menewaskan Sunderland 2-0 di Anfield pada lewat bulan November.

Coutinho membantu memastikan Liverpool mengawal permainan walaupun pendahulua­n satu gol tidak memberikan jaminan.

Walaupun kecewa bolos awal, skuad kendalian Derek Adams tidak mengalah dan memiliki beberapa peluang menarik dengan penjaga gol Liverpool, Loris Karius menepis satu rembatan Graham Carey sebelum Trent Alexander-Arnold menafikan Arnold Garita dengan memintas bola lebih awal.

Ia sememangny­a bukan aksi memberangs­angkan buat Liverpool dan Karius sekali lagi dipaksa sentiasa berwaspada ketika Argyle meningkatk­an asakan.

Plymouth terpaksa menurunkan skuad tanpa penyerang David Goodwillie selepas hakim mahkamah awam membuat keputusan pemain itu dan bekas rakan sepasukann­ya di Dundee United, David Robertson, merogol seorang wanita pada 2011.

Plymouth memulakan permainan seperti ketika mengikat Liverpool di Anfield sebelum ini dengan Karius menepis cubaan awal David Fox.

Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge juga mensia-siakan peluang awal dan kemudian satu rembatan Origi ditepis McCormick sebelum Lucas membuka jaringan.

Klopp mengeluark­an Coutinho dalam separuh masa kedua dan diganti oleh Harry Wilson, kapten skuad remaja kelab dan pemain muda itu hampir menambah jaringan tetapi rembatan bola muntah beliau tersasar. - AFP

 ??  ?? LUCAS (kiri) bersaing dengan pemain Plymouth, David Fox pada perlawanan di Home Park, England pada Rabu lepas. — Gambar
LUCAS (kiri) bersaing dengan pemain Plymouth, David Fox pada perlawanan di Home Park, England pada Rabu lepas. — Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia