Utusan Borneo (Sabah)

Sabah dahagakan kejayaan

Sedia buat permulaan baik saingan Liga Premier musim ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

“Pasukan sangat dahagakan kejayaan dan mahu memadamkan kekecewaan yang telah terpalit sejak beberapa musim lalu. Setiap anggota pasukan fokus kepada sasaran iaitu tidak mahu kecewa pada akhir musim nanti dengan cuba meraih sebanyak mungkin kemenangan bermula seawal perlawanan pertama malam ini.” ADLANE MESSELEM Pengurus pasukan Sabah

KOTA KINABALU: Sabah sudah bersedia dan fokus sepenuhnya untuk memburu keputusan terbaik apabila membuka tirai saingan Liga Premier musim ini menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Pengurus pasukan Adlane Messelem berkata, pasukan sangat dahagakan kejayaan dan mahu memadamkan kekecewaan yang telah terpalit sejak beberapa musim lalu.

Katanya, setiap anggota pasukan fokus kepada sasaran iaitu tidak mahu kecewa pada akhir musim nanti dengan cuba meraih sebanyak mungkin kemenangan bermula seawal perlawanan pertama malam ini.

Katanya, setiap perlawanan musim ini akan diharungi umpama perlawanan akhir yang bermakna pemain perlu bermain habis-habisan dan memberikan persembaha­n terbaik mereka dalam setiap perlawanan.

Mengenai Negeri Sembilan, Adlane percaya lawan pertama Sabah itu adalah salah satu pasukan terkuat dalam saingan Liga Premier dan merupakan pasukan pilihan.

“(Bagaimanap­un) seperti yang selalu saya katakan sejak hari pertama (bersama pasukan), Steve (Vilmiaire - ketua jurulatih) dan saya percaya dengan (kemampuan setiap) pemain. Pasukan ini boleh mencapai banyak kejayaan jika mendapat bimbingan baik dan sokongan.

“Pasukan kita ini (dibarisi pemain) muda tetapi sangat dahaga untuk menunjukka­n bahawa mereka mampu mencapai lebih baik berbanding musim-musim sebelum ini,” katanya.

Mengenai kesebelasa­n utama, Adlane berkata ia belum diputuskan tetapi membayangk­an bahawa ianya tidak banyak berbeza sebagaiman­a ketika perlawanan pemanas badan menentang Sarawak dan Selangor PKNS sebelum ini.

Bagaimanap­un Sabah akan menghadapi perlawanan pertama itu tanpa salah seorang dari empat pemain import, Sofian Choubani kerana mengalami kecederaan ibu jari kaki.

“Ketiadaan Sofiane pada perlawanan pembukaan esok (malam ini) tentunya satu kekurangan tetapi kami percaya dengan pemain simpanan yang ada. Semua bersedia dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasa­n utama.

“Kita akan lihat nanti siapa yang akan mengisi tempat Sofiane,” kata Adlane.

Difahamkan Sabah membawa18p­emainterma­suk tiga pemain import iaitu Igor Cerina, Jonathan Behe dan Masaya Jitzono.

Turut tersenarai adalah Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rining, Rawilson Batuil, Ahmad Azlan Zainal, Dendy Lowa, Saliun Mastar, Mohd Azizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Radzi Mohd Hussin, Rahman Shah Marajeh, Leopold Alfonso Otong, Ummareng Bacok, Maxius Musa, Alto Linus dan Sabri Sahar.

Selepas perlawanan malam ini, Sabah akan menjadi tuan rumah untuk perlawanan kedua tetapi yang pertama di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 26 Januari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Sabah sedang menjalani latihan di Negeri Sembilan kelmarin.
PASUKAN Sabah sedang menjalani latihan di Negeri Sembilan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia