Utusan Borneo (Sabah)

11 pusat pemindahan dibuka

Hampir 3,000 mangsa banjir dipindahka­n

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

“Seramai 137 mangsa dipindahka­n di Dewan Pusat Latihan Damai, 142 mangsa di Dewan Kampung AsinAsin, 211 mangsa di Dewan Kampung Morion, seramai 638 mangsa di Dewan Belia dan Sukan Tandek, 443 mangsa di Dewan Kampung Masolog, dan 518 lagi ditempatka­n di Dewan Kampung Longob ” KOL MULLIADI AL-HAMDI LADIN Ketua Sekretaria­t JPBN

KOTA MARUDU: Seramai 2,880 mangsa daripada 910 keluarga di daerah ini masih ditempatka­n di pusat pemindahan sementara akibat banjir.

Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata setakat jam 5 petang kelmarin, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara masih dibuka.

Pusat pemindahan berkenaan katanya termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan yang menempatka­n seramai 321 mangsa, Dewan St Theresa 18 mangsa, Dewan Kampung Lotong 113 mangsa, Dewan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Salimandut seramai 117 mangsa, manakala Dewan Komuniti Kota Marudu menempatka­n seramai 222 mangsa.

“Seramai 137 mangsa dipindahka­n di Dewan Pusat Latihan Damai, 142 mangsa di Dewan Kampung AsinAsin, 211 mangsa di Dewan Kampung Morion, seramai 638 mangsa di Dewan Belia dan Sukan Tandek, 443 mangsa di Dewan Kampung Masolog, dan 518 lagi ditempatka­n di Dewan Kampung Longob.

“Sebanyak 18 kampung terjejas banjir di daerah ini iaitu Kampung Longob, Beliajung, Bengkongan, Talantang 1, Masolog, Magaratong, Rakit, Morion dan Piso.

“Kampung lain yang terjejas termasukla­h Kampung Salimandut, Tandek, AsinAsin, Lotong, Parong, Goruntung, Pansur, Hatob, serta Sumbilingo­n,” jelasnya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Beliau yang juga pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Negeri Sabah berkata air Sungai Bongon berada pada paras 7.50 meter melebihi paras amaran manakala Sungai Bandau pula melebihi paras bahaya 8.05 meter.

Selain itu katanya beberapa laluan juga dinaiki air termasukla­h Jalan Kampung Beliajung, Longob, Damai, Taritipan, Tandek, Bulatan Jalan Popok dan Langkon.

Bagi kawasan Pitas, pihaknya menempatka­n sebanyak 77 mangsa daripada 26 keluarga di pusat pemindahan SK Pitas II.

Menurutnya mangsa yang dipindahka­n itu dari Kampung Sibanung dan kampung lain yang terjejas termasukla­h Kampung Pandan, Pandan Mendamai, Pinapak, Perupuk dan Nibang.

Mulliadi berkata bacaan paras air Sungai Kebatasan mencapai paras bahaya iaitu 6.07 meter manakala Sungai Bengkoka mencapai paras 4.0 meter.

Katanya kedalaman air dari paras jalan raya berada sekitar 0.1 hingga 0.5 meter.

Ketua Pengarah APM Datuk Azmy Yahya turut berkesempa­tan mengadakan lawatan ke beberapa pusat pemindahan banjir di Kota marudu.

 ??  ??
 ??  ?? MULLIADI (kiri) bersama Azmy (tengah) ketika melawat mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan.
MULLIADI (kiri) bersama Azmy (tengah) ketika melawat mangsa banjir yang ditempatka­n di pusat pemindahan.
 ??  ?? PEMANDANGA­N banjir di Kampung Masolog yang dirakam dari udara.
PEMANDANGA­N banjir di Kampung Masolog yang dirakam dari udara.
 ??  ?? ANGGOTA APM membantu warga emas di Kampung Goruntung.
ANGGOTA APM membantu warga emas di Kampung Goruntung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia