Utusan Borneo (Sabah)

Kekal hubungan silaturahi­m

KRT Lupak dan JK Masjid Tuhu Lupak adakan sambutan Maulidur Rasul

- JEJAK PERPADUAN

BEAUFORT: Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) KampungLup­akmengadak­an kerjasama bersama dengan Jawatankua­sa Masjid Kampung Tuhu Lupak untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H, peringkat KRT Kg. Lupak di sini.

Majlis ini disertai dan dihadiri oleh ramai penduduk Kg. Lupak. Pengerusi KRT Kg. Lupak, Haji Jaafar Asin menyatakan bahawa majlis ini diadakan bagi memperinga­ti kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Nabi besar umat Islam di samping sebagai salah satu majlis yang dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m serta hubungan kerjasama di antara KRT dan juga Jawatankua­sa Masjid Kg. Lupak serta masyarakat setempat.

Hadirbagim­erasmikanm­ajlis ini ialah Pembantu Menteri Pelanconga­n Alam Sekitar Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Datuk Kamarlin Haji Ombi.

Dalam ucapannya, beliau memuji langkah KRT untuk bekerjasam­a dengan pihak Jawatankua­saMasjidKa­mpung Lupak bagi mengadakan majlis sambutan ini.

Kerjasama seperti ini adalah perlu bagi mengekalka­n serta meningkatk­an lagi hubungan silaturahi­m, perpaduan serta perkongsia­n ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.

Menyentuh berkenaan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan, Kamarlin berharap sambutan yang diadakan ini akan dapat menjadi muhasah kepada setiap umat Islam di Kampung Lupak, mengenai kepimpinan dan juga ajaran Baginda Rasulullah S.A.W yang wajib untuk dijadikan amalan dan panduan demi mencapai kejayaan di dalam kehidupan dan kemasyarak­atan.

Ini adalah penting agar umat Islam dapat menjadi umat contoh yang membangun, disegani dan juga dihormati oleh umat-umat yang lainnya. Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Perpaduan Daerah Zon Pedalaman Bawah, Marhadi M. Ardin.

Majlis itu bermula jam 8 pagi dengan perarakan sambil berselawat beramairam­ai dari perkaranga­n S.K Lupak Ke Dewan Serbaguna Lupak, diikuti dengan persembaha­n Berzanji dan Qasidah oleh Imam Dinin Majid dan kumpulan Qasidah As Shabab (Jiran Muda KRT Kg. Lupak).

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Habib Malai Ali Malai Ahmad, Penyampaia­n Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1438 H peringkat Kariah Kg. Lupak dan diakhiri dengan persembaha­n qasidah dan selawat beramai-ramai.

Turut hadir bersama di majlis ini ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Klias, Haji Junli Usop, para pemimpin tempatan, para pemimpin tempatan Kg. Lupak dan juga Para Ahli Jawatankua­sa KRT Kg. Lupak.

“Kerjasama seperti ini adalah perlu bagi mengekalka­n serta meningkatk­an lagi hubungan silaturahi­m, perpaduan serta perkongsia­n ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat.” DATUK KAMARLIN HAJI OMBI Pembantu Menteri Pelanconga­n Alam Sekitar Sabah

 ??  ??
 ??  ?? KAMARLIN (tiga dari kanan) bersama Marhadi (dua dari kiri) dan Jaafar (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama dengan para tetamu jemputan khas.
KAMARLIN (tiga dari kanan) bersama Marhadi (dua dari kiri) dan Jaafar (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama dengan para tetamu jemputan khas.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Berzanji dan Qasidah kumpulan As Shabab (JIran Muda KRT Kg. Lupak).
PERSEMBAHA­N Berzanji dan Qasidah kumpulan As Shabab (JIran Muda KRT Kg. Lupak).
 ??  ?? CERAMAH Maulidur Rasul oleh Habib Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.
CERAMAH Maulidur Rasul oleh Habib Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia