Utusan Borneo (Sabah)

Berhati-hati memandu di musim tengkujuh ini

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Ketua Polis Daerah DSP Mohd Farhan Lee Abdullah mengingatk­an orang ramai, khususnya para pemandu kenderaan, supaya lebih berhati- hati dalam pemanduan ketika musim tengkujuh ini, memandangk­an keadaan jalan raya licin serta mudah berlaku tanah runtuh.

Beliauberk­atamusimhu­jan mungkin akan berlanjuta­n hingga Februari yang mana boleh menyebabka­n mudah berlaku tanah runtuh terutama di sepanjang jalan Ranau-Tamparuli, RanauTambu­nan dan RanauTelup­id.

“Saranan saya ialah, periksa kenderaan sebelum bertolak ke destinasi yang hendak dituju, jangan memandu laju dan tidak memuatkan barangan berlebihan.

“Memandu tanpa lesen memandu serta dalam pengaruh alkohol adalah antara faktor yang mengundang kemalangan, terutama apabila melalui kawasan jalan berselekoh dan curam.

“Saya juga menyaranka­n kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati sepanjang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang menjelang tiba, memandangk­an lebih ramai orang akan balik bercuti bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Katanya situasi balik kampung itu sudah tentu akan menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

Farhan berkata pihak polis akan berusaha mengawasi keadaan dari masa ke semasa bagi mempastika­n keselamata­n awam, termasuk mengenalpa­sti individu atau mana-mana kumpulan yang melakukan jenayah termasuk membawa benda terlarang seperti senjata api atau dadah.

“Kita akan bertindak tegas terhadap manamana pihak yang cuba melakukan jenayah atau apa juga perbuatan yang boleh mengancam keselamata­n awam,” katanya.

 ??  ?? MOHD FARHAN
MOHD FARHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia