Utusan Borneo (Sabah)

PNK Miri mahu kerajaan beku lesen bot nelayan asing

-

MIRI: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri mahu kerajaan Malaysia untuk membekukan semua lesen yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perikanan kepada bot- bot nelayan asing di negara ini boleh mengancam keselamata­n negara.

Pengerusi PNK Miri, Kaunselor Jamali Basri berkata nelayan tempatan acap kali mengutarak­an perkara itu kepada Jabatan Perikanan supaya tidak menerima bot-bot nelayan asing dengan memberi mereka lesen menangkap ikan di perairan negara ini.

Ini kerana bukan sahaja bot tersebut milik nelayan asing malah anak-anak kapalnya juga adalah rakyat warga asing berkemungk­inan turut membawa bersama senjata berbahaya dalam bot mereka.

“Ia tidak mustahil jika kapal berkenaan milik warga asing berdaftar dengan Jabatan Perikanan dengan anak-anak kapalnya semua warga asing, mereka boleh membawa bersama senjata api atau senjata berbahaya dalam kapal,” katanya di sini kelmarin.

Jamali memberitah­u sebagai mengulas laporan akhbar menyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui laporan media terdapat nelayan negara asing menceroboh perairan negara tahun lalu menangkap ikan mendapat latihan separa tentera dan bertindak agresif terhadap anggota penguat kuasa negara.

Katanya, dakwaan itu dikuatkan melihat kedatangan nelayan asing itu secara agresif dalam kumpulan 150 buah bot besar-besar dengan diiringi bot pengawal pantai menyebabka­n mereka berani melanggar bot penguat kuasa Malaysia.

“Laporan media itu sama dengan maklumat yang kita perolehi nelayan asing ini dilatih tentera,” kata Shahidan kepada media di Kuala Perlis pada 15 Januari lalu.

Menurut Jamali, nelayan tempatan turut melahirkan kebimbanga­n terhadap kapal-kapal nelayan asing bukan sahaja mengaut hasil laut malah merosakkan habitat marin di perairan negara ini dengan kaedah penangkapa­n ikan agresif, malah boleh mengancam nyawa nelayan tempatan.

Beliau berkata, jika tiada bot nelayan asing ( yang diberikan lesen) maka lebih mudah Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia ( APMM) mengawasi dan meninjau bot-bot nelayan asing menghampir­i atau menceroboh­i perairan negara.

Ketika ini, sukar ditentukan sama ada bot-bot nelayan asing yang menangkap ikan dalam perairan negara adalah kapal asing diberikan lesen atau berdaftar dengan kerajaan mahupun mereka menceroboh secara haram.

“Sehubungan itu, kementeria­n perlu lebih peka dan prihatin untuk tidak lagi mengeluark­an lesen- lesen menangkap ikan kepada botbot nelayan asing.

“Malah, kami nelayan tempatan juga tidak tahu berapa banyak sebenarnya bot- bot nelayan asing berdaftar dengan Kerajaan Malaysia (mempunyai lesen), menangkap ikan dan bersaing dengan kami di perairan (Sarawak).

“Tetapi apa yang kami mahu ialah bekukan pemberian lesen kepada nelayan asing danmemberh­entikanper­airan negara daripada menghadapi ancaman berbahaya mereka sebelum perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia