Utusan Borneo (Sabah)

Anak, adik Presiden Guatemala diberkas

Atas tuduhan rasuah berhubung penipuan disyaki dalam kontrak makanan kerajaan

-

Penahanan itu berpotensi mengaibkan Morales, seorang bekas pelawak TV yang menjadi presiden setahun lalu atas ikrar untuk membersihk­an gejala rasuah yang berleluasa di negaranya.

KOTA GUATEMALA: Seorang anak dan seorang adik kepada Presiden Guatemala, Jimmy Morales ditangkap kelmarin atas tuduhan rasuah berhubung penipuan yang disyaki dalam satu kontrak makanan kerajaan.

Penahanan itu berpotensi mengaibkan Morales, seorang bekas pelawak TV yang menjadi presiden setahun lalu atas ikrar untuk membersihk­an gejala rasuah yang berleluasa di negaranya.

Sammy Morales, seorang daripada tiga adik beradik lelaki presiden itu dan dilaporkan paling dekat dengannya selepas sama-sama menerbitka­n program TVnya selama 15 tahun, ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas kontrak makanan yang bernilai AS$ 12,000 (RM54,000) itu, kata ketua peguam negara Thelma Aldana kepada rangkaian televisyen Guatevisio­n.

Sejurus kemudian, Jose Morales, seorang daripada empat anak presiden itu, turut ditahan polis selepas beliau menyerah diri bersama peguamnya apabila waran dikeluarka­n untuk menge- luarkannya dari istana presiden yang dilindungi.

Pendakwa raya mengesyaki salah laku dalam kon- trak makanan itu, yang bertujuan untuk menyediaka­n sarapan bagi 564 orang dengan wang awam dari sebuah pejabat pendaftara­n hartanah umum.

Bekas ketua pejabat pendaftara­n itu ditangkap September lalu, dan seorang individu yang ada kaitan dengan syarikat bekalan makanan itu ditahan kelmarin.

Aldana memberitah­u satu sidang akhbar, dakwaan telah dibuat bahawa anak dan adik presiden itu membantu memalsukan invois dalam skim berkenaan, tetapi tiada bukti yang menunjukka­n mereka menerima wang untuk itu.

Mereka didakwa atas tuduhan menipu dan mengubah wang serta aset.

“Saya tidak bimbang, saya belum melakukan sebarang jenayah,” kata Sammy Morales ketika dia dibawa ke bangunan Mahkamah Agung.

Presiden Morales menulis dalam Twitter bahawa “keluhuran undang-undang akan diutamakan dalam perkara ini” sebelum memberitah­u pemberita bahawa beliau memberi “sokongan yang total” kepada ahli keluargany­a.

Siasatan ketua peguam negara disokong oleh Su- ruhanjaya Antarabang­sa Menentang Kesalahan Tidak Dihukum di Guatemala.

Badan yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu memainkan peranan penting dalam usaha menampilka­n pelbagai pende- dahan rasuah yang membawa kepada peletakan jawatan dan penangkapa­n presiden dan naib presiden kerajaan lama pada 2015, dan kedua-dua suspek kini berada di penjara me- nunggu perbicaraa­n. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SAMMY Morales (depan, tengah) dan Jimmy Morales (belakang, tengah) diiringi anggota keselamata­n ke mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan rasuah di Kota Guatemala kelmarin.
— Gambar Reuters SAMMY Morales (depan, tengah) dan Jimmy Morales (belakang, tengah) diiringi anggota keselamata­n ke mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan rasuah di Kota Guatemala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia