Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan banduan dipindah dari penjara dijejas rusuhan

-

NATAL: Pihak berkuasa Brazil kelmarin mula memin- dahkan beberapa banduan dari sebuah penjara yang mengalami keganasan samseng berdarah selama bebe-rapa hari, manakala anggota tentera digerakkan di tempat lain untuk membantu menangani krisis umum dalam sistem penjara yang penuh sesak.

Pegawai elit memasuki penjara Alcacuz dekat bandar utara Natal untuk memulakan proses berkenaan, kata warta-wan AFP.

Kemudahan itu menyaksi-kan keganasan mengerikan di antara dua kumpulan samseng yang bermusuhan sejak hujung minggu lepas, apabila 26 banduan dibunuh, kebanyakan­nya dipenggal kepala.

“Kami akan menjalanka­n pemindahan ini dengan cukup berhatihat­i, dan menghormat­i semua isu keselamata­n,” kata seorang jurucakap bagi polis kerajaan, datuk bandar tempatan Eduardo Franco, kepada pemberita.

Empat buah bas dibawa masuk untuk membawa banduan yang merupakan anggota salah satu geng terbabit. Tiga buah bas tiba bersama banduan dari kemudahan lain yang akan diletakkan di dalam sel-sel kosong.

Isteri dan teman wanita beberapa banduan yang akan dibawa ke penjara lain cuba menyekat jalan tetapi terlerai apabila polis melepaskan peluru getah.

Pemindahan banduan menggarisk­an iklim tegang di dalam sistem penjara Brazil, di mana 134 orang sudah maut dalam keganasan penjara pada tahun ini, menurut akhbar Folha de Sao Paulo, yang memetik perangkaan kementeria­n undang-undang.

Pihak berkuasa dituduh sejak sekian lama membenarka­n kumpulan samseng untuk menguasai penjara, yang penuh melebihi kapasiti penjara.

Dalam usaha untuk meng-ambil balik kuasa, kerajaan kelmarin berkata ia menge-rahkan 1,000 anggota tentera untuk “membersih” senjata, bahan letupan dan telefon bimbit dari pelbagai blok sel di negara ini.

Menteri Pertahanan Raul Jungmann, yang menggambar­kan situasi itu sebagai “darurat negara”, berkata askar “hanya akan masuk apabila risiko rusuhan adalah minimal atau tidak wujud. Angkatan tentera tidak akan bersemuka dengan kumpulan ini.”

Anggota tentera tersebut, yang terdiri daripada pasukan-pasukan yang digunakan di Sukan Olimpik tahun lepas di Rio, tidak memiliki kuasa perlembaga­an untuk me-nguasai penjara, hanya untuk merampas barang seludup berbahaya.

Polis Brazil menyerbu penjara Alcacuz pada awal Ahad lepas untuk menghentik­an pertumpaha­n darah, tetapi masih belum berkuasa sepenuhnya tiga hari kemudian.

Di dalam, situasi tetap tegang apabila banduan dari geng-geng dadah yang bermusuhan, Perintah Utama Pertama (PCC), kumpulan penyeludup­an dadah terbesar di negara itu, dan Perintah Merah yang berpangkal­an di Rio de Janeiro, bersemuka dalam sebuah halaman ber-pagar sepanjang 50 meter.

Pegawai memasuki kemudahan itu awal kelmarin – ketika banduan menyalakan api dan melaung katakata berulang-ulang kali – dengan matlamat untuk memisahkan kedua-dua pihak sementara operasi pemindahan disedia-kan.

“Kami mahu mereka dari PCC pergi ke negeri lain,” kata seorang banduan kepada AFP menerusi telefon sebelum ini. “Kami tidak akan berehat sehingga pihak berkuasa membawa mereka pergi dari sini.”

Rusuhan itu ada kaitan dengan perang kawasan berhubung kawalan ke atas penyeludup­an kokain di negara Brazil.

Kebangkita­n keganasan samseng dalam penjara dan langkah yang semakin sukar untuk mematahkan­nya menimbulka­n keresahan di kalangan orang ramai tentang aksi jenayah terancang yang kembali ke bandar dan bandar raya di Brazil.

Orang ramai khususnya bimbang mengenai ulangan siri serangan oleh PCC pada Mei 2006 di Sao Paulo, nadi ekonomi negara.

 ?? — Gambar Reuters ?? BANDUAN berbaris untuk menaiki bas yang akan memindahka­n mereka dari penjara Alcacuz di Natal, Rio Grande do Norte di Brazil, kelmarin.
— Gambar Reuters BANDUAN berbaris untuk menaiki bas yang akan memindahka­n mereka dari penjara Alcacuz di Natal, Rio Grande do Norte di Brazil, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia