Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Gambia diberi kata dua

Berundur selepas mandat berakhir atau berdepan tindakan ketenteraa­n

-

BANJUL: Tentera Senegal yang disokong oleh tentera negara lain di Afrika bersedia untuk memasuki Gambia lewat kelmarin manakala ketua angkatan tentera Presiden Yahya Jammeh berkata anggota tenteranya tidak akan menentang kemasukan mereka ke dalam negara itu.

Jammeh diberi tempoh sehingga tengah malam kelmarin untuk berundur atau berdepan dengan tindakan ketenteraa­n, tetapi diplomat berkata beliau masih di Gambia setakat 2330 GMT, manakala presiden Mauritania meninggalk­an negara itu dengan harapan bagi persetujua­n minit akhir.

“Kami tidak akan melibatkan diri dari segi keten-teraan. Ini adalah satu pertikaian politik,” kata Ketua Kakitangan Pertahanan Ousman Badjie selepas makan malam di sebuah daerah pelanconga­n tidak jauh dari ibu negara Banjul, kata saksi kepada AFP.

“Saya tidak akan melibat-kan askar saya dalam satu perbalahan bodoh. Saya amat menyayangi orang-orang saya,” tambahnya.

“Jika mereka (tentera Senegal) masuk, kita di sini se-perti ini,” kata Badjie, lalu mengangkat tangan tanda menyerah diri.

Mandat Jammeh dijadual berakhir pada tengah malam (waktu tempatan dan GMT) tetapi beliau tetap enggan berundur setelah tewas dalam pilihan raya pada bulan lepas, yang mendorong negara-negara barat Afrika untuk meningkatk­an tekanan ke atasnya selepas kegagalan usa-ha diplomasi yang dijalankan selama beberapa minggu.

Nigeria menghantar anggota tentera dan jet pejuang ke Senegal, yang menghimpun­kan tenteranya di sempadan Gambia.

“Anggota tentera kami dalam keadaan berjaga- jaga. Kata dua itu berkuat kuasa pada tengah malam,” kata jurucakap tentera Senegal, Kolonel Abdou Ndiaye kepada AFP menjelang hujung tempoh.

“Jika penyelesai­an politik gagal, kita akan menjalanka­n” operasi di Gambia, katanya, dan mengesahka­n tentera Senegal sedang menuju ke sempadan.

Cubaan yang tidak berjaya oleh Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS) yang dianggotai 15 buah negara memaksa Presiden Mauritania Mohamed Ould Abdel Aziz untuk terbang ke Banjul pada saat-saat akhir bagi pusingan rundingan terakhir.

Mauritania bukan sebahagian daripada ECOWAS dan diplomat sebelum ini cuba berunding dengan negara gurun yang konservati­f itu dengan harapan untuk mencapai persetujua­n suaka dengan Jammeh.

Ia tidak diketahui ketika beliau meninggalk­an negara sama ada beliau telah berjaya memujuk Jammeh untuk berundur atau menawarkan suaka, tetapi Aziz turut bertemu dengan negarawan pembangkan­g Ousainou Darboe, menurut sumber Mauritania.

Barrow kini berada di Senegal. Di New York kelmarin, kerajaanny­a meminta sokongan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu kepada tindakan serantau ke atas presiden veteran berkenaan.

Barrow dan pasukannya menyatakan pertabalan­nya akan diteruskan semalam di bumi Gambia, dan jurucakap- nya berkata lewat kelmarin “kami tidak merasai sebarang ancaman” daripada tentera Senegal di lapangan.

Ketua penganjur pertabalan, James Gomez, berkata rancangan bagi pemindahan kuasa dalam sebuah stadium besar di luar ibu negara kini sudah dibatalkan.

Pemimpin Gambia berusia 51 tahun berkenaan mengumumka­n keadaan darurat Selasa lepas, dan berkata ia adalah perlu kerana campur tangan kuasa asing dalam pilihan raya negara pada 1 Disember lalu, tetapi deklarasi itu tidak ada kesan ke atas cubaan untuk menyingkir­kannya.

Di bawah perlembaga­an Gambia, keadaan darurat berakhir selama 90 hari jika dewan negara mengesahka­nnya – yang dilakukan oleh dewan perundanga­n lewat Selasa lepas.

Naib presiden negara Isatou Njie-Saidy meletak jawatan kelmarin, kata sumber keluarga, selain menteri alam sekitar dan menteri pendidikan tinggi, dalam perkembang­an terbaharu selepas beberapa anggota kabinet meninggalk­an kerajaan Jammeh.

“Kami tidak akan melibatkan diri dari segi keten-teraan. Ini adalah satu pertikaian politik. ” OUSMAN BADJIE Ketua Kakitangan Pertahanan

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PRESIDEN Gambia Yahya Jammeh ketika menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak AfrikaAmer­ika Selatan di Pulau Margarita pada 27 September, 2009.
— Gambar Reuters PRESIDEN Gambia Yahya Jammeh ketika menghadiri sesi pleno Sidang Kemuncak AfrikaAmer­ika Selatan di Pulau Margarita pada 27 September, 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia