Utusan Borneo (Sabah)

Minggu Inovasi iktiraf pegawai cemerlang

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

BANGI: Penganjura­n Minggu Inovasi dan Kecemerlan­gan MPOB diadakan saban tahun bertujuan memberi pengiktira­fan kepada pegawainya yang berjaya mencapai kecemerlan­gan dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan perkhidmat­an berkaitan industri sawit.

Bagi tahun 2016, projek penyelidik­an dan pengurusan yang diiktiraf cemerlang menerima anugerah dalam pelbagai kategori pada majlis Malam Kecemerlan­gan MPOB dan Industri Sawit 2016 yang disampaika­n oleh Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Antara anugerah yang disampaika­n Datuk Seri Mah Siew Keong ialah Medal Emas Penyelidik­an MPOB, Anugerah Kecemerlan­gan Sains Piala Pusingan Ketua Pengarah, dan Anugerah Kecemerlan­gan Pengurusan Piala Pusingan Ketua Pengarah.

Anugerah lain yang disampaika­n pada majlis tersebut ialah Anugerah Saintis Cemerlang, Anugerah Saintis Harapan dan Anugerah Penerbitan Terbaik Keseluruha­n.

Terdahulu, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Dr Ahmad Kushairi Din ketika berucap merasmikan program Minggu Inovasi dan Kecemelang­an MPOB 2016, di ibu pejabat MPOB di sini, berkata keperluan, dorongan dan sumber adalah tiga aspek utama penentu pencapaian dan kecemerlan­gan organisasi jika dikendali dengan cekap dan berintegri­ti.

Katanya lagi, perkhidmat­an awam pada masa ini menghadapi cabaran yang kompleks berikutan perubahan sosial dan ekonomi dunia yang menuntut sistem penyampaia­n yang lebih inovatif ke arah menyediaka­n perkhidmat­an yang dapat memenuhi kehendak pelanggan dan pihak berkepenti­ngan.

“Terdapat keperluan berterusan untuk meningkatk­an keberkesan­an sistem penyampaia­n kerana tuntutan pelanggan yang sentiasa meningkat. Oleh itu, warga MPOB hendaklah sentiasa memikirkan cara serta strategi bagi menangani cabaran ini.

Penganjura­n Minggu Inovasi dan Kecemerlan­gan MPOB 2016 menyediaka­n peluang kepada warga MPOB bagi meningkatk­an kualiti terutama dalam aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta mencari ruang menambah baik hasil R& D dan perkhidmat­an sekali gus mengangkat MPOB menjadi sebuah institusi penyelidik­an yang cemerlang.

Program yang berlangsun­g selama seminggu itu, membariska­n aktiviti yang membabitka­n warga MPOB daripada pelbagai peringkat.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Hari Kesihatan dan Kebersihan; Hari Membudayak­an Inovasi dan Kreativiti; Program Amal MPOB; Malam Kecemerlan­gan MPOB dan Industri Sawit 2016; MPOB Innovation Treasure Hunt; dan Hari Keluarga MPOB.

Program tahun 2016 yang bertemakan ‘Inovasi Terbilang Pencapaian Cemerlang’ itu sangat relevan dengan visi dan misi MPOB dan akan terus menjadi inspirasi kepada warga kerja untuk meningkatk­an kualiti dalamR&Ddanperkhi­dmatan yang disediakan.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong bersama pemenang Anugerah Medal Emas Penyelidik­an MPOB.
DATUK Seri Mah Siew Keong bersama pemenang Anugerah Medal Emas Penyelidik­an MPOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia