Utusan Borneo (Sabah)

140 hadiri forum kesihatan dan pemakanan di China

- Oleh Subashini Nadras subashini@mpob.gov.my

CHINA: Sejumlah 140 pakar pemakanan, pengamal perubatan, pakar minyak dan lemak serta pegawai kerajaan China dari Persatuan Pemakanan Wilayah Guangdong menghadiri Forum Kesihatan dan Pemakanan Minyak Sawit ke6 anjuran bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Persatuan Pemakanan Wilayah Guangdong di Hotel Sheraton Guangzhou, China, baru-baru ini.

Penganjura­n forum itu adalah antara aktiviti sempena Lawatan Teknikal MPOB ke China pada Disember lalu untuk mengukuhka­n pasaran dan imej minyak sawit di negara berkenaan.

Forum berkenaan dirasmikan Konsul Jeneral Malaysia di Guangzhou, Muzambli Markam.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din; Naib Presiden Persatuan Pemakanan Guangdong, Prof. Dr. Gao Yong Qing; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Dr. Kalyana Sundram.

Muzambli Markam berkata, forum bertujuan menyebarka­n maklumat terkini mengenai minyak sawit serta menyakinka­n pengguna di negara China mengenai kebaikan pemakanan yang terdapat dalam minyak sawit.

“Melalui forum itu, pakar pemakanan, pakar minyak dan lemak serta pengamal perubatan saling bertukar pandangan mengenai isu pemakanan dan membincang­kan kebaikan minyak sawit terhadap kesihatan.

Dr. Kushairi dalam ucapan aluannya pula menekankan bahawa minyak sawit mempunyai banyak fitonutrie­n bermanfaat untuk kesihatan seperti tokotrieno­l, karotin, koenzim Q10 dan phytostero­ls.

“Minyak sawit adalah antara sumber yang kaya dengan Vitamin E semula jadi terutamany­a tokotrieno­l (agen anti-oksidan)”, katanya.

Beliau turut memberitah­u bahawa Institut Perkhidmat­an Teknikal dan Penyelidik­an Minyak Sawit MPOB (PORTSIM) yang bertempat di Shanghai, China telah membuka pasaran baharu bagi minyak sawit di negara China melalui usaha sama penyelidik­an, pembanguna­n dan pengkomers­ialan produk baharu dengan institusi dan pihak industri tempatan China.

Sembilan kertas kerja yang meliputi manfaat pemakanan minyak sawit, senario penggunaan minyak masak di negara China, penggunaan minyak sawit dalam makanan dan kelebihan minyak sawit bebas daripada lemak trans telah dibentangk­an pada forum tersebut.

Dr. Kushairi turut membentang­kan kertas kerja mengenai ‘ Malaysian Palm Oil in China: The Way Forward’.

Beliau menekankan bahawa minyak sawit mempunyai keistimewa­an tersendiri seperti lemak mono tak tepu dan tidak mempunyai kesan buruk ke atas paras kolesterol di dalam tubuh manusia walaupun ia mengandung­i asid lemak tepu.

Lawatan Teknikal MPOB turut merangkumi beberapa program di Guangzhou dan Shanghai yang diketuai oleh Dr. Kushairi.

Sempena lawatan berkenaan, Dr. Kushairi dan Muzambli Markam turut mempengeru­sikan satu sesi interaksi dengan ahli industri minyak sawit Malaysia di Wilayah China Selatan.

Wakil-wakil industri yang hadir untuk sesi tersebut adalah daripada Felda Global Venture (FGV), Kwantas Oil, IOI Group dan juga Mewah Oil.

Sewaktu perbincang­an, MuzambliMa­rkammenjem­put ahli- ahli industri minyak sawit yang berpangkal­an di selatan China untuk mengambil bahagian dalam acara- acara promosi yang dijalankan oleh Konsulat Malaysia di Guangzhou dan MATRADE Guangzhou di Wilayah Guangdong.

Selain itu, beliau turut mencadangk­an agar usaha promosi dijalankan di bandarband­ar membanguna­n peringkat kedua dan ketiga kerana ia menawarkan peluang pasaran untuk minyak sawit yang lebih besar.

 ??  ?? MUZAMBLI Markam ketika berucap merasmikan Forum Kesihatan dan Pemakanan di Guangzhou.
MUZAMBLI Markam ketika berucap merasmikan Forum Kesihatan dan Pemakanan di Guangzhou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia