Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi turun padang lihat kemajuan penyelidik­an

- Oleh Muhammad Asyraf Bin Hussin asyrafhuss­in@mpob.gov. my

PAHANG: Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah turun padang bagi melihat sendiri pembanguna­n dan pencapaian MPOB menjalanka­n peranan utamanya dalam bidang penyelidik­an dan perkhidmat­an industri sawit.

Beliau ternyata kagum dengan kemajuan penyelidik­an MPOB semasa mengadakan lawatan kerja ke Ladang Penyelidik­an Sagu di Penor; Pejabat MPOB Wilayah Timur dan Ladang serta Stesen Penyelidik­an MPOB di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Sepanjang lawatan kerja berkenaan, beliau diiringi Timbalan Ketua Pengarah ( Perkhidmat­an) MPOB, Mohamad Nor Abdul Rahman serta Pengarah Bahagian Penyelidik­an Integrasi dan Pengembang­an MPOB, Wahid Omar dan Ketua MPOB Wilayah Timur, Shafie Abdul.

Ketika lawatan di Ladang Penyelidik­an Sagu di Penor, Datuk Seri Ahmad melihat secara dekat dan terperinci penyelidik­an yang dilaksanak­an oleh MPOB berkaitan sagu. Beliau mendapat gambaran jelas mengenai penanaman sagu dan impaknya kepada ekonomi pada masa akan datang.

Ketika mengulas lawatan berkenaan beliau berkata, penyelidik­an dan pembanguna­n MPOB dalam mencapai matlamat dan objektif meningkatk­an industri sawit dan sagu akan lebih positif dan berdaya saing serta dapat memberikan satu lembaran baru kepada pekebun kecil untuk meningkatk­an sosio-ekonomi mereka.

Dalam pada itu, usaha oleh Pejabat MPOB Wilayah Timur dalam menangani masalah kecurian minyak yang berlaku di wilayah itu turut membuka mata para pekebun kecil dengan kesungguha­n MPOB. Taklimat yang disampaika­n oleh Shafie Abdul turut menyentuh tentang peranan MPOB dalam menguruska­n hal-hal berkaitan sawit.

Semasa lawatan kerja ke Ladang dan Stesen Penyelidik­an MPOB di Jerantut, Datuk Seri Ahmad turut diberi taklimat ringkas berkaitan status pembanguna­n stesen penyelidik­an itu dan beliau teruja dengan pembanguna­n yang dilakukan oleh MPOB.

Beliau berpeluang melihat sendiri kawasan ladang yang dibangunka­n dengan penanaman semula sawit.

Katanya, dengan keluasan Ladang dan Stesen Penyelidik­an Jerantut, MPOB akan terus memacu pertumbuha­n sawit selaras dengan perancanga­n yang teliti dan konsisten.

 ??  ?? DATUK Seri Ahmad mendengar penerangan ketika lawatan ke makmal kualiti minyak sawit Pejabat MPOB Wilayah Timur di Kuantan, Pahang.
DATUK Seri Ahmad mendengar penerangan ketika lawatan ke makmal kualiti minyak sawit Pejabat MPOB Wilayah Timur di Kuantan, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia