Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi MPOB menang anugerah di Korea

- Oleh Zawawi Ibrahim zawawi@mpob.gov.my

BANGI: Teknologi papan serat berketumpa­tan sederhana (MDF) daripada biojisim sawit berjaya memperoleh anugerah Applied Science Order of Merit Award dan Creative Inventor Grand Award sempena Korea Inventor Award Festival (KIAF) 2016.

Teknologi hasil inovasi Pegawai Penyelidik Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB), Zawawi Ibrahim itu sebelum ini turut meraih pelbagai anugerah lain seperti Anugerah Khas dan Pingat Emas sempena Seoul Internatio­nal Invention Fair 2015; pingat Emas dan Anugerah Terbaik Keseluruha­n di Ekspo Teknologi Malaysia 2015 dan pingat Perak pada ITEX 2014.

Papan serat berketumpa­tan sederhana (MDF) adalah papan komposit yang digunakan secara meluas dalam industri perabot, bangunan dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, kebanyakan kilang MDF menggunaka­n kayu getah (RW) sebagai bahan mentah, dan sejak akhirakhir ini industri menghadapi masalah dengan bekalan yang kurang dan tidak konsisten serta kenaikan harga bahan ini.

Oleh yang demikian, untuk lebih berdaya saing, industri ini perlu mencari bahan alternatif bagi menjamin bekalan yang mencukupi dan berterusan untuk pengeluara­n produk berkenaan.

Biojisim sawit mempunyai potensi yang tinggi untuk dijadikan sebagai bahan mentah alternatif.

MPOB telah menjalanka­n kajian sejak awal 90-an bagi membangunk­an teknologi untuk menghasilk­an produk biokomposi­t daripada biojisim sawit seperti batang, pelepah dan tandan kosong.

Biojisim sawit sawit mempunyai ciri-ciri setanding dengan kayu getah dan kayu hutan tropika serta sesuai untuk penghasila­n MDF yang memenuhi keperluan standard komersial.

Pada tahun 2009 MPOB bekerjasam­a dengan syarikat Dongwha Fibreboard (M) Sdn Bhd untuk menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n bagi pengeluara­n MDF secara komersial menggunaka­n biojisim sawit.

Kolaborasi dengan Dongwha merangkumi bidang teknikal dan rantaian bekalan biojisim sawit.

Melalui kajian ini, proses pengeluara­n MDF daripada biojisim sawit adalah berbeza daripada proses yang sedia ada di kilang komersial.

Beberapa proses penting berjaya dioptimumk­an melalui kajian di loji rintis MPOB dan loji berskala komersial.

Kejayaan hasil kajian ini membolehka­n MPOB dan Dongwha memfailkan dua paten untuk teknologi pembuatan MDF daripada batang dan juga pelepah sawit.

Paten ini turut berjaya difailkan di luar negara termasuk China, Korea, Thailand dan Indonesia.

 ??  ?? ZAWAWI Ibrahim bersama anugerah yang dimenangi pada KIAF 2016.
ZAWAWI Ibrahim bersama anugerah yang dimenangi pada KIAF 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia