Utusan Borneo (Sabah)

Masa untuk industri sawit menjadi penentu harga

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Kerajaan mahu industri sawit negara berusaha ke arah menukar statusnya daripada penerima harga (price taker) kepada penentu harga (price maker) memandangk­an industri itu sudah bertapak hampir 100 tahun di Malaysia.

“Selama 100 tahun kita tertumpu sebagai penerima harga, namun dengan kemampuan yang ada kita harus beralih tumpuan kepada menjadi penentu harga pada masa depan,” kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Kiong pada Malam Kecemerlan­gan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Industri Sawit 2016 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi ( MPIC), Datuk M. Nagarajan; dan Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Beliau menjelaska­n bahawa industri sawit perlu menumpukan fokus menjadi penerima harga di sektor huluan ( upstream) dan penentu harga di sektor hiliran (downstream) pula.

“Untuk merealisas­ikan hasrat menjadi penentu harga, kemajuan sains, teknologi dan inovasi adalah kunci utama kerana pada peringkat inilah kita dapat menetapkan harga tinggi ke atas produk kita yang berkualiti premium,” katanya.

Mah menegaskan bahawa industri komoditi bukan merupakan satu industri ‘ matahari terbenam’ atau tiada masa hadapan kerana kekayaan negara pada masa depan akan ditunjangi oleh sektor komoditi yang lebih moden, kompetitif dan mampan.

“Kerajaan sedar bidang penyelidik­an adalah asas pembanguna­n industri sawit negara serta kunci penjanaan pendapatan negara. Saya bangga kerana MPOB menjadi antara institusi penyelidik­an yang konsisten menghasilk­an pelbagai inovasi baharu dengan mencatatka­n kadar pengkomers­ialan tertinggi iaitu 30.4 peratus,” katanya lagi.

Beliau berkata pihak kementeria­n telah merangka pelbagai program sempena ulang tahun ke-100 industri sawit negara pada tahun ini untuk mengangkat lebih tinggi martabat industri dan mengiktira­f sumbangan pekebun kecil kepada pembanguna­n negara.

Penanaman sawit secara komersial di Malaysia bermula pada tahun 1917. Pada masa itu penanaman sawit hanyalah dalam skala kecil dan tidak terancang namun dalam tempoh satu abad industri sawit khususnya sektor perladanga­n telah berkembang pesat. Kini keluasan sawit negara menjangkau 5.64 juta hektar iaitu lebih 70 peratus daripada keseluruha­n kawasan pertanian negara.

Pada majlis itu, pelbagai anugerah disampaika­n kepada pemain industri sawit negara. Antara kategori yang diberi penganuger­ahan adalah tapak semaian komersial; ladang; peniaga buah; pencapaian kadar perahan minyak (OER) tertinggi; kilang penapis; kilang pelumat isirung dan kilang oleokimia.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an anugerah kepada pemenang Anugerah Industri Sawit 2015/2016 di Putrajaya, baru-baru ini.
DATUK Seri Mah Siew Keong menyampaik­an anugerah kepada pemenang Anugerah Industri Sawit 2015/2016 di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia