Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik­an, isu teknikal sawit fokus interaksi MPOB, MPOA

- Oleh Shamala Sundram shamala@mpob.gov.my

BANGI: Penyelidik­an berkaitan tanaman sawit dan isu teknikal yang dihadapi industri sawit menjadi fokus perbincang­an pada Forum Teknikal Penyelidik­an dan Pembanguna­n ( R& D) di antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia ( MPOA) yang berlangsun­g di Ibu Pejabat MPOB, di sini baru-baru ini.

Isu yang dibincang meliputi penambahba­ikan baka sawit, penyakit Ganoderma, biological oxygen demand ( BOD), pelan biosekurit­i sawit, penuaian sawit bermotor (Cantas), peta genom, nutrisi, teknologi pemerangka­pan biogas, teknologi sisa sifar, penyakit reput pucuk dan serangan ulat bungkus.

Isu lain yang turut dibincang adalah kadar perahan minyak, tenaga buruh, Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), bio-baja, pengilanga­n, penguatkua­saan dan pelesenan serta skim tanam semula.

Forum yang dipengerus­ikan oleh Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din dan Ahli Majlis MPOA, Dato’ Carl Bek-Nielsen.

Datuk Seri Ahmad berkata, melalui interaksi berkenaan MPOB mampu melakukan tindakan susulan dengan efektif serta melaporkan perkembang­an penyelidik­an selaras dengan kehendak pihak industri.

Sementara itu, Dr. Kushairi ketika memberi maklum balas berkaitan isu yang dibincangk­an terutama berkaitan Ganoderma berkata, penyelidik­an baka sawit rintang terhadap Ganoderma kini giat dijalankan.

“Penyakit reput pangkal batang yang disebabkan oleh kulat Ganoderma ini masih belum dapat ditangani dengan efektif. Salah satu cara untuk menangani penyakit yang semakin menular ini, adalah melalui penyaringa­n baka sawit sedia ada”, katanya.

Katanya, penyelidik­an kini dijalankan dengan usaha sama PT-Socfindo yang kini mempunyai baka sawit rintang Ganoderma.

Selain itu, MPOA juga berharap MPOB dapat menghasilk­an teknologi yang sesuai untuk membantu industri mencapai had pelepasan keperluan oksigen biokimia ( BOD) kurang daripada 20 ppm secara konsisten bagi efluen kilang minyak sawit (POME).

MPOA menyatakan pelbagai langkah telah diambil oleh industri untuk memenuhi peraturan BOD 20ppm yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) ke atas kilang pemprosesa­n sawit.

Di samping itu, perkembang­an terbaru dari DOE, mencadangk­an sistem kawal selia sendiri (SRS – self regulatory system) oleh kilangkila­ng sawit bagi pemantauan BOD 20ppm yang memenuhi peraturan pelepasan kualiti POME.

Di samping itu, MPOA juga berharap agar MPOB dapat menggandak­an usaha dalam penyelidik­an mekanisasi ladang bagi mempermuda­hkan proses penuaian dan pengangkut­an tandan sawit.

Secara keseluruha­n, forum tahunan di antara MPOB dan MPOA ini membuahkan hasil positif, di mana segala perkongsia­n maklumat, isu dan masalah dalam industri dapat dikenal pasti, dibincang serta ditangani secara teratur serta disusuli dengan tindakan yang lebih proaktif demi kesejahter­aan industri sawit negara.

 ??  ?? DATUK Seri Ahmad Hamzah (dua dari kanan) mempengeru­sikan Forum Teknikal MPOBMPOA. Turut hadir dari kiri Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr Lim Weng Soon, Dr Ahmad Kushairi Din dan Dato’ Carl Bek-Nielsen.
DATUK Seri Ahmad Hamzah (dua dari kanan) mempengeru­sikan Forum Teknikal MPOBMPOA. Turut hadir dari kiri Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr Lim Weng Soon, Dr Ahmad Kushairi Din dan Dato’ Carl Bek-Nielsen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia