Utusan Borneo (Sabah)

Permintaan minyak sawit global diunjur meningkat

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Permintaan minyak sawit global diunjur berkembang sebanyak 40 peratus lagi kepada kira-kira 78 juta tan metrik menjelang tahun 2020, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Saya yakin komoditi itu akan kekal sebagai produk penting dalam pasaran minyak dan lemak global bagi menampung peningkata­n keperluan penduduk dunia,” katanya dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Pengilanga­n Sawit, Penapisan, Alam Sekitar dan Kualiti 2016 (POMREQ 2016) di sini baru-baru ini. Ucapan Mah dibacakan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Mah berkata industri sawit merupakan antara tunggak ekonomi negara dan merupakan sumber pendapatan eksport utama serta menyedia peluang pekerjaan terbesar di Malaysia.

“Industri ini disasarkan sebagai antara teras pemacu ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA) dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara berpendapa­tan tinggi. Pelaksanaa­n lapan projek permulaan (EPP) di bawah NKEA Sawit dan Getah akan memastikan sumbangan industri sawit kepada Pendapatan Negara Kasar mencapai RM178 bilion menjelang 2020,” tambah beliau.

Mah juga berkata sektor pengilanga­n minyak sawit merupakan satu segmen penting dalam rantaian pengeluara­n komoditi itu dan kadar perahan minyak (OER) merupakan kayu pengukur dalam menyukat keberkesan­an pemprosesa­n buah tandan segar (BTS).

“Adalah penting untuk pengilang minyak sawit berpendiri­an tegas dalam mengawal kualiti BTS, terutamany­a dalam memastikan tiada BTS yang lewat diproses.

“Penggunaan teknologi baharu seperti proses pengsteril­an berterusan dapat membantu pengilang meningkatk­an kadar OER masing- masing. Di bawah NKEA, sasarannya adalah meningkatk­an OER daripada 20% sekarang kepada 23% menjelang 2020,” tambah beliau.

Beliau berkata sektor pengilanga­n sawit juga mempunyai peranan penting dalam menjaga alam sekitar melalui penggunaan biojisim dan biogas. Sehingga kini terdapat sebanyak 90 loji biogas beroperasi; enam dalam pembinaan dan 145 di pelbagai peringkat perbincang­an.

“Statistik ini menunjukka­n kadar kejayaan pelaksanaa­n projek biogas pada tahap 20% di Malaysia dan 17 daripadany­a bersambung kepada grid nasional.

“Bagi meningkatk­an lagi kadar kejayaan pelaksanaa­n, kerajaan telah melakar dan mengenal pasti kilang-kilang sawit di Semenanjun­g yang berpotensi untuk sambungan grid serta penggunaan lain,” tambah beliau.

Mah juga berkata dalam jangka panjang, pengilanga­n sawit perlu menukar imej mereka dengan menguruska­n sisa dan bahan buangan di tahap sifar di samping menggalakk­an teknologi hijau.

“Untuk mencapai hasrat ini, tindakan mesti diambil untuk mengurus sisa dan segala bahan buangan industri dengan sehabis baik. Proses mengilang dan menapis minyak sawit juga perlu efisien untuk memastikan kadar perahan maksima dan kehilangan minyak di tahap minima,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, industri sawit negara mesti terus memperkena­l dan menggunaka­n inovasi baharu yang mampu meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti serta mengurangk­an kos sebagai usaha memastikan industri sawit terus kompetitif.

 ??  ?? DATUK Datu Nasrun Datu Mansur berucap merasmikan Seminar POMREQ 2016 mewakili Menteri Perusahaan, Perladanga­n, dan Komoditi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
DATUK Datu Nasrun Datu Mansur berucap merasmikan Seminar POMREQ 2016 mewakili Menteri Perusahaan, Perladanga­n, dan Komoditi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia