Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki ditahan polis, miliki senjata berbahaya dan dadah jenis syabu

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis peronda telah menahan dua lelaki secara berasingan kerana memiliki senjata berbahaya dan dadah jenis syabu di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki warga asing di Jalan Persiaran Bakau Batu 3, awal pagi tadi (kelmarin).

“Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, polis peronda yang sedang membuat tugas ronda cegah jenayah telah terserempa­k dengan sebuah kereta mencurigak­an di Jalan Lintas Utara Batu 4,” katanya.

Beliau berkata ketika pihaknya mengarahka­n kereta berkenaan berhenti, pemandu kereta itu telah memecut sehingga ke simpang Jalan Persiaran Bakau Batu 3 sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Dua penumpang telah berjaya melarikan diri bagaimanap­un pemandu kereta berkenaan berjaya ditangkap oleh polis,” katanya.

Beliau berkata satu pergelutan telah berlaku sebelum polis berjaya menahan suspek berumur 34 tahun itu, yang cuba menyerang polis menggunaka­n pisau dari pinggangny­a.

“Pihak polis telah merampas pisau yang digunakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Merbahaya,” katanya.

Dalam kes berasingan katanya, pihak polis turut menahan penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dalam keadaan mencurigak­an semasa membuat rondaan di Flat Taman Mawar kira-kira jam 2.10 pagi Jumaat.

“Hasil pemeriksaa­n dibuat terhadap suspek telah menjumpai dua paket disyaki dadah jenis syabu dengan berat 2.0 gram dalam beg pinggang suspek,” katanya.

Pihak polis telah menahan suspek dan merampas barang dipercayai syabu itu dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-

 ??  ?? ANTARA barang yang berjaya dirampas pihak polis.
ANTARA barang yang berjaya dirampas pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia