Utusan Borneo (Sabah)

Amaran tindakan tegas terhadap pengusaha berlesen enggan jual minyak masak botol

Terhadap pengusaha berlesen enggan jual minyak masak dalam botol

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan mengambil tindakan tegas terhadap pengilang, pemborong atau peruncit berlesen yang enggan menjual minyak masak sawit dalam botol saiz dua hingga lima kilogram.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, tindakan oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab itu adalah satu tindakan sabotaj.

“Minyak masak sawit dalam botol banyak dikeluarka­n di Sabah tetapi banyak juga dipesan daripada Semenanjun­g Malaysia.

“Oleh kerana ramai pengguna tidak ingin membeli minyak masak dalam botol kerana mahal, maka ramai di kalangan pemborong tidak ingin memesan minyak dalam botol berkenaan.

“Mereka sengaja tidak mahu jual dan hanya mahu menjual minyak masak bersubsidi dalam paket 1 kilogram,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata, KPDNKK kini akan memantau perkara itu dan akan pergi ke kilang atau premis yang berlesen tetapi tidak menjual minyak masak dalam botol untuk tindakan.

“Ini adalah satu tindakan sabotaj dan kita akan terus memberhent­ikan pesanan mereka untuk minyak masak ini di masa hadapan dan memberikan kepada orang lain yang ingin menjual.

“Selain itu pada tahun lalu, ramai peruncit didapati tidak mempunyai lesen telah menjual minyak masak bersudsidi ini.

“Sebelum ini, tindakan tidak diambil tetapi kini KPDNKK telah membuat keputusan hanya membenarka­n peruncit yang mempunyai lesen untuk menjual minyak berkenaan,” katanya.

Jainab berkata, ramai dalam kalangan pemilik restoran memajak minyak masak bersubsidi dan menjual di kedai runcit mereka dengan harga RM3. Oleh kerana pengguna membeli secara panik maka bekalan tidak mencukupi.

Jainab menyaranka­n orang ramai perlu memainkan peranan sebagai matamata untuk melaporkan sebarang kegiatan tidak bertanggun­gjawab itu kepada KPDNKK sebab keengganan berbuat demikian boleh menyebabka­n pengguna panik.

“Kajian dilakukan sebelum November 2016 menunjukka­n minyak masak bersubsidi lebih daripada mencukupi, oleh itu kita mengadakan pencatuan dengan mengurangk­an bekalan sebanyak 30 peratus.

“Penguranga­n ini diperlukan dan rakyat perlu faham kerana ramai individu tidak bertanggun­gjawab menjual dan menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang mana tindakan ini merugikan kerajaan dalam satu jumlah yang sangat besar,” katanya.

Katanya, minyak masak bersubsidi ini hanya ditumpukan kepada golongan B40 iaitu mereka yang berpendapa­tan RM4,000 ke bawah, manakala mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke atas digalakkan membeli minyak masak bersaiz dua hingga lima kilogram.

Jainab juga mengingatk­an orang ramai bahawa minyak masak jagung dan sayuran tidak pernah diberikan subsidi. Orang ramai perlu faham dan tidak keliru dengan hal itu.

“Usaha Program Penjualan Minyak Masak Secara Borong di Tapak Tamu telah bermula di tiga lokasi iaitu Ranau, Telipok dan Penampang.

“Seorang pengguna hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja, usaha ini akan dilakukan setiap minggu pada hari tamu yang berlainan.

“Namun program itu tidak akan dilaksanak­an di kawasan yang tidak mempunyai masalah mengenai bekalan minyak masak bersubsidi,” katanya.

Jainab berkata, pihaknya dengan kerjasama pelbagai pihak yang terlibat akan melaksanak­an program itu berdasarka­n permintaan orang ramai dan akan berusaha melaksanak­annya.

Oleh kerana ramai pengguna tidak ingin membeli minyak masak dalam botol kerana mahal, maka ramai di kalangan pemborong tidak ingin memesan minyak dalam botol berkenaan. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia