Utusan Borneo (Sabah)

Esscom rampas 2,195 karton rokok seludup bernilai RM53,000

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( Esscom) merampas pelbagai jenis rokok bernilai lebih RM 53,000 dalam sebuah Van di kawasan tepi Sungai Kampung Puyut, di sini pada malam Rabu.

Komander Esscom Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata bertindak atas maklumat sepasukan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin telah berjaya menahan sebuah van berwarna putih namun pemandunya sempat melarikan diri dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu.

“Pemeriksa n terhadap van berkenaan telah menjumpai sejumlah rokok kretek yang disembunyi­kan dalam beberapa buah kotak tanpa label.

“Antara jenis rokok yang dirampas termasuk 1,000 karton rokok King Filter, 480 rokok Gudang Garam Surya, 450 karton rokok Astro Menthol Filter, 75 karton rokok Astro Black Mentol, 40 karton rokok LA mentol light, 120 karton rokok A Satu Mild Mentol dan 30 karton Eteme Mild Mentol.

“Turut disita van Toyota Hiace yang telah digunakan untuk akitviti penyeludup­an berkenaan.

Katanya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Sementara itu dalam dua operasi berasingan di daerah Sandakan pada Sabtu, Pasukan Polis Marin telah menahan seramai 14 orang pendatang asing tanpa izin (PTI) termasuk dua orang tekong bot berkenaan dipercayai berasal daripada Filipina di kawasan perairan Nunuyan Laut.

Wan Abdul Bari berkata PTI yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita dewasa berumur dalam lingkungan 21 – 45 tahun itu ditahan ketika cuba memasuki perairan negara secara haram melalui laluan yang tidak diwartakan.

Turut dirampas dua buah bot dan dua unit enjin sangkut Yamaha 40hp dan 30hp yang digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Katanya, nilai rampasan dianggarka­n berjumlah RM 30,600.00.

“Kesemua tahanan dan barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua pasukan keselamata­n khususnya Pasukan Polis Marin yang sentiasa berusaha untuk mengawal perairan negara termasuk berjaya mengekang beberapa percubaan PTI yang cuba memasuki perairan negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan.

“Saya meminta kepada orang ramai agar melaporkan kepada Esscom sekiranya melihat sebarang aktiviti yang mencurigak­an dan melanggar undangunda­ng negara termasuk penyeludup­an dan kemasukan PTI kepada Pusat Operasi Esscom di talian 089-863181 untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? ANTARA 14 PTI yang berjaya ditahan.
ANTARA 14 PTI yang berjaya ditahan.
 ??  ?? ANGGOTA Polis Marin sedang menunjukka­n hasil rampasan rokok pelbagai jenis.
ANGGOTA Polis Marin sedang menunjukka­n hasil rampasan rokok pelbagai jenis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia