Utusan Borneo (Sabah)

852 orang masih ditempatka­n di tiga pusat pemindahan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Memasuki hari ketiga sejak banjir berlaku di Kota Marudu dan Pitas pada Rabu, kini hanya tinggal 852 orang sahaja lagi mangsa banjir yang masih ditempatka­n di pusat pemindahan di kedua- dua daerah berkenaan.

Ketua Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah merangkap Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, setakat jam 5 petang kelmarin, masih terdapat tiga buah pusat pemindahan yang masih dibuka di Kota Marudu dan Pitas.

Mangsa yang masih ditempatka­n di pusat pemindahan itu melibatkan 288 buah keluarga yang mana, 262 keluarga di dua pusat pemindahan di Kota Marudu dan 26 keluarga di pusat pemindahan di Pitas.

Pusat pemindahan (PP) yang masih dibuka di Kota Marudu adalah PP Dewan Belia & Sukan Tandek dengan 638 orang mangsa daripada Kampung (Kg) Tandek; PP Dewan Pusat Latihan Damai dengan 137 mangsa daripada Kg Damai dan Kg Tarang Mata.

Pusat Pemindahan yang masih dibuka Pitas pula adalah Dewan SK Pekan Pitas 2, dengan 77 orang mangsa.

Mulliadi berkata, Pegawai Daerah Kota Marudu memaklumka­n bahawa keadaan semasa di Kota Marudu semakin pulih ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Menurutnya, semua pusat pemindahan di Kota Marudu ditutup kecuali dua pusat pemindahan iaitu di Pusat Pemindahan Dewan Belia & Sukan Tandek serta Asrama Lelaki Pusat Latihan Damai sahaja yang masih dibuka setakat jam 5 petang kelmarin.

Beliau berkata, pusat pemindahan di Kota Marudu akan ditutup dalam tempoh terdekat ini namun, ia bergantung kepada beberapa faktor.

Katanya, penutupan pusat pemindahan akan dilakukan pada masa terdekat bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, bacaan paras air di sungai- sungai utama serta penilaian (hasil pemantauan) oleh agensi atau jabatan keselamata­n terutama polis bagi menentukan tahap keselamata­n kepada penduduk sebelum mereka dibenarkan pulang ke rumah masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia