Utusan Borneo (Sabah)

Puteri diminta siap siaga

Persediaan hadapi PRU ke-14 tidak lama lagi

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno peringkat bahagian seluruh Sabah diminta terus giat memperkuku­h serta memperkema­skan jentera masing- masing sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketuanya Normala Rasik berkata, meskipun telah berkali-kali diberi peringatan mengenai perkara itu namun adalah penting bagi ahli Puteri Umno di seluruh peringkat agar tidak berasa selesa dengan persiapan yang telah dilakukan selama ini.

“Apa yang kita mahu ialah seluruh lapisan Pergerakan Puteri di bahagian supaya bekerja secara berterusan dan memberikan komitmen padu sepanjang masa agar setiap kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan ditambah baik.

“Meskipun jentera itu sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya namun kita mahu setiap ahli bekerja secara ikhlas dan jujur kerana niat pilihan raya adalah untuk mendapat mandat dan mengekalka­n kuasa tetapi bekerja untuk membela nasib rakyat adalah agenda dan perjuangan yang panjang, sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Pertama Pergerakan Puteri Umno Sabah di Bangunan Umno Sabah, di sini semalam.

Turut hadir Naib Ketua Puteri Umno Sabah Zakiah Kalipunya ( Semporna), Penolong Setiausaha Puteri Dayang Sarinah Mohd Yassin (Penampang), Ketua Penerangan Norhafizah Muhamin, Bendahari, Salmi Sarinoh ( Kota Kinabalu) serta ketua- ketua Puteri Umno bahagian seluruh Sabah.

Menurut beliau, selain melakukan perancanga­n dalam melaksanak­an agenda mendekati rakyat, jentera parti juga perlu sentiasa mengemas kini data ahli terutama golongan wanita muda bagi memastikan mereka ini telah mendaftar sebagai pengundi yang sah.

Katanya, data itu amat penting kerana selain bagi tujuan pilihan raya, Puteri boleh membuat perancanga­n jangka panjang dalam mengatur aktiviti-aktiviti yang bersesuaia­n dengan keperluan golongan muda seperti pendidikan, latihan kemahiran dan program berbentuk riadah.

“Apabila kita mempunyai data yang lengkap, kita sekurang-kurangnya tahu bagaimana saluran yang sesuai untuk mendekati golongan muda ini agar aktiviti yang dilaksanak­an relevan dengan keperluan dan kehendak mereka.

“Kita perlu faham dengan perkembang­an dunia hari ini, gaya hidup dan keperluan golongan muda jauh sudah berubah berbanding generasi dahulu,” jelas beliau.

Normala yang juga Ketua Puteri Umno Kudat turut meminta ahli- ahli Puteri Umno bahagian agar terus mengukuhka­n kerjasama bukan sahaja dengan sayap parti Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno tetapi juga dengan parti- parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Beliau berkata, adalah penting bagi ahli Puteri untuk menjadi sebuah parti mampu membela nasib seluruh lapisan rakyat tanpa mengira suku kaum atau agama kerana matlamat parti adalah bagi membina sebuah masyarakat yang sejahtera dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Kita sesungguhn­ya perlu insaf bahawa dalam dunia politik dahulu dan sekarang, kerjasama erat antara parti komponen amat penting dalam usaha kita memastikan negeri Sabah dan negara Malaysia terus kekal maju, aman dan sejahtera.

“Apa yang penting ialah kita bekerja lebih keras menyakinka­n rakyat bahawa gandingan BN sahaja yang terbaik untuk meneraju pemerintah­an negeri dan negara berbanding pakatan pembangkan­g yang sekadar bagus pada nama tetapi mempunyai matlamat dan agenda yang berbeza-beza,” ujar beliau.

Meskipun telah berkali-kali diberi peringatan mengenai perkara itu namun adalah penting bagi ahli Puteri Umno di seluruh peringkat agar tidak berasa selesa dengan persiapan yang telah dilakukan selama ini. NORMALA RASIK Ketua Puteri Umno

 ??  ?? NORMALA bersama ketua-ketua Puteri Umno bahagian seluruh Sabah bergambar kenangan selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankua­sa Puteri Umno Sabah.
NORMALA bersama ketua-ketua Puteri Umno bahagian seluruh Sabah bergambar kenangan selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Jawatankua­sa Puteri Umno Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia