Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Al-Muzakirull­ah lokasi Kembara Ilmu

-

LABUAN: Masjid AlMuzakiru­llah, Kampung Lubok Temiang turut menjadi lokasi program Kembara Ilmu Pengarah Pertubuhan Pembanguna­n Pendidikan Islam Sabah (PPPIS) Ustaz Mohd Anuar Ali.

Majlis yang diadakan selepas solat Maghrib pada malam Khamis lalu itu turut dihadiri Ketua Kampung Lubok Temiang Nordin Ahmad, Pengerusi Masjid Jakiah Awang, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 8 Haji Alias Husin dan Imam Masjid Jamian Ngadi.

Beliau yang juga Mudir SRI Al-Hafidz Tuaran Sabah turut mengadakan ceramah agama di Surau At-Taqwa, Petronas (Kuliah Subuh), Surau Ar-Rayyan, Taman Perumahan Mutiara Sungai Bedaun ( Kuliah Subuh), Tazkirah dan Khutbah Jumaat di Surau Nurul Islam, Bandar Labuan, Surau Rancha-Rancha Laut (Kuliah Asar) dan Masjid Kampung Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun (Kuliah Maghrib).

Mohd Anuar yang juga aktivis dakwah Sabah turut mengadakan ceramah pada hari ini (Sabtu) di Masjid Jamek An- Nur ( Kuliah Subuh), Surau Nurul Islam, Bandar Labuan (Kuliah Zohor) dan Masjid Sirajul Islam, Kampung TanjungAru ( Kuliah Maghrib).

Manakala pada hari Ahad, beliau mengadakan kuliah Subuh di Masjid Al-Ehsan, Kampung Sungai Labu.

Pengerusi Masjid AlMuzakiru­llah Jakiah Awang mengucapka­n terima kasih kepada Ustaz Mohd Anuar kerana memilih masjid berkenaan sebagai salah satu lokasi program Kembara Ilmu 2017.

“Kita akan terus mengadakan majlis ilmu seperti ceramah agama untuk menambah ilmu kepada masyarakat dan penduduk Islam bukan sahaja di Kampung Lubok Temiang malahan seluruh Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Anuar (empat, kiri) bersama AJK Masjid Al-Muzakirull­ah dan jemaah di Kampung Lubok Temiang, malam Khamis lalu.
MOHD Anuar (empat, kiri) bersama AJK Masjid Al-Muzakirull­ah dan jemaah di Kampung Lubok Temiang, malam Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia