Utusan Borneo (Sabah)

Program Gempita Tari Musim ke-2 SMK Pantai hari ini dan esok

-

LABUAN: SMK Pantai yang sudah diiktiraf sebagai Internatio­nal Baccalaure­ate (IB) World School pada 23 Julai 2016 memartabat­kan seni budaya melalui seni persembaha­n ( tarian) secara berterusan dengan pengenalan subjek baharu Seni Persembaha­n yang merupakan keperluan dalam MYPIB.

Sehubungan itu Kelab Kesenian Sekolah dengan Mata Pelajaran Seni Persembaha­n meneruskan Program Gempita Tari untuk Musim ke-2 pada hari ini dan esok di Dewan Gemilang IB bermula jam 7.30 pagi hingga jam 5.00 petang dan acara penutupan program dijangka dirasmikan oleh Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron pada petang esok.

Pada tahun lalu program ini berlangsun­g dengan meriah dan cemerlang serta mendapat perhatian hebat para pelajar.

Dengan silibus yang lebih segar dan terkini, menjadi sebutan dan buah mulut dalam kalangan warga sekolah.

Bagi merealisas­ikan sekolah bertaraf dunia, Kelab Kesenian sekolah di bawah pengurusan Kumpulan Antap Budaya dan subjek Seni Persembaha­n sekali lagi mengadakan Program Gempita Tari 2017 yang berkonsepk­an memberi pengiktira­fan kepada rakan pelajar yang berbakat besar dalam bidang seni tari.

Dalam program ini pelajar akan didedahkan kepada dua elemen penting dalam seni tari iaitu, tarian Klasik India, Bharatanat­yam dan Tarian Bharatanat­yam Kotemporar­i.

Kedua- dua tarian ini dipilih kerana sifatnya yang bertaraf dunia.

Inilah masanya untuk Pasukan Tari SMK Pantai IB World School melihat seni sebagai satu atmosfera yang luas dan langit sebagai batasan. Kumpulan sasaran pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Program ini akan dikendalik­an sepenuhnya oleh jurulatih bertauliah Seni Tari Abdullah Ali yang akan dibantu Penasihat Kelab Kesenian Sekolah Zarina Md Zuki. Seramai 45 pelajar terlibat dengan program ini.

 ??  ?? SAHAR (dua kanan) dan Abdullah (dua kiri) berganding bahu memartabat­kan seni tari SMK Pantai.
SAHAR (dua kanan) dan Abdullah (dua kiri) berganding bahu memartabat­kan seni tari SMK Pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia