Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lelaki ditahan bantu siasatan kes belasah di Ampang

-

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan individu membelasah seorang pemandu lori di tempat letak kereta kondominiu­m Puncak Anthenaneu­m, Bukit Antarabang­sa dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanap­un tidak mendedahka­n butiran dan lokasi suspek lelaki itu ditahan.

“Saya telah mengarahka­n Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan saki- baki mereka yang terlibat memukul pemandu lori berkenaaan untuk ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

“Kami tidak boleh biarkan perkara sebegini berlaku lagi seolah-olah tidak ada undangunda­ng di negara kita ini,” katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Op Selamat 10/ 2017 sempena Tahun Baharu Cina di Persada Plus, di sini, kelmarin.

Beliau turut menafikan terdapat orang kenamaan bergelar ‘ Datuk’ terlibat dalam kes itu.

“VIP ( orang kenamaan) tidak terlibat...yang terlibat adalah pemandu yang dibelasah itu. Jangan sebut VIP, Datuk atau mana-mana menteri yang terlibat dan tidak perlu hendak kaitkan dengan orang lain pula,” katanya.

Khalid turut menggesa mereka yang terlibat dalam kes itu agar menyerah diri di Balai Polis Ampang bagi membantu siasatan.

“Sekiranya mereka tidak serah diri, tunggulah kami datang ke rumah mereka. Kita kenal siapa mereka,” katanya.

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperliha­tkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit. - Bernama

 ??  ?? KHALID (kanan) melekatkan pelekat kempen Op Selamat 10/2017 pada motosikal polis pada majlis Pelancaran Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2017 di Persada Plus kelmarin. GambarBern­ama
KHALID (kanan) melekatkan pelekat kempen Op Selamat 10/2017 pada motosikal polis pada majlis Pelancaran Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2017 di Persada Plus kelmarin. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia