Utusan Borneo (Sabah)

Program turun padang bukan bermusim

Bertujuan mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT : Amalan turun padang oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dilakukan secara berterusan dan bukan bermusim, bertujuan mendengar denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata amalan itu dipraktikk­an sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 13 lepas, bertujuan mendamping­i rakyat serta mendapatka­n perkembang­an dan maklum balas untuk tindakan.

Katanya, ia merupakan suatu kebiasaan dan kelaziman untuk turun padang dari semasa ke semasa.

Secara peribadi katanya, beliau sendiri berulang alik dari Putrajaya ke Beaufort pada setiap hujung minggu untuk bersama-sama masyarakat di kawasan menerusi pelbagai program yang dianjurkan.

“Di awal tahun ini saya sudah mengadakan beberapa program dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan untuk mengetahui apa lagi yang diperlukan rakyat.

“Saya turut menemui pemimpin- pemimpin akar umbi untuk mendapatka­n perkembang­an terkini berhubung keperluan rakyat.

“Kita juga melaksanak­an program- program turun padang setiap minggu. Sejak hari pertama selepas PRU lalu, kita sentiasa mendamping­i rakyat termasuk menyelami denyut nadi mereka,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Mesra sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Terbuka Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK) Kung Ming.

Pada majlis itu Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat seterusnya menyampaik­an sumbangan kepada 70 warga emas yang hadir sempena sambutan berkenaan.

Azizah diminta mengulas saranan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhububun­gan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman pada Rabu, yang mahukan setiap pemimpin memperheba­tkan program turun padang.

Menurut Musa, langkah itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang.

Secara prinsipnya, Umno Sabah sudah bersedia pada bila-bila masa.

Tegas Azizah, pemimpin dan wakil rakyat Umno serta BN telah melaksanak­an program turun padang masing-masing sejak dulu lagi.

“Kita harus bekerja kuat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat yang telah memberikan mandat kepada kita untuk berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Azizah sependapat dengan teguran Musa terhadap pemimpin- pemimpin yang kurang turun padang dan menyifatka­nnya sebagai satu peringatan yang tepat pada masanya.

“Ia adalah peringatan sesuai yang dilontarka­n Musa dalam mesyuarat Umno baru-baru ini dan apa jua teguran yang dibuat itu bertujuan memperbaik­i dan menambahba­ik sistem perkhidmat­an kita kepada rakyat.

“(Peringatan itu) bagaimanap­un tidak bermakna bahawa PRU semakin dekat, tetapi ia adalah peringatan kepada semua pemimpin untuk melaksanak­an tugas serta amanah dengan sebaik mungkin termasukla­h meneruskan usaha memenuhi keperluan seluruh lapisan rakyat.

Di awal tahun ini saya sudah mengadakan beberapa program dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan untuk mengetahui apa lagi yang diperlukan rakyat. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat

 ??  ?? MURID-MURID yang hadir melambai ke arah Azizah (kanan) ketika beliau tiba pada majlis itu.
MURID-MURID yang hadir melambai ke arah Azizah (kanan) ketika beliau tiba pada majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH (kanan) bersalaman dengan sebahagian masyarakat yang hadir ketika tiba pada majlis itu.
AZIZAH (kanan) bersalaman dengan sebahagian masyarakat yang hadir ketika tiba pada majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Azizah sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Azizah sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia