Utusan Borneo (Sabah)

Pelatih PDK Ranau dirai dengan majlis ‘3 dalam 1’

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau telah dirai dalam majils ‘3 dalam 1’ iaitu Jamuan Makan Krismas 2016, Tahun Baharu 2017 dan Majlis Hari Lahir di Dewan Terbuka bangunan PDK itu pagi kelmarin.

Majlis yang dirasmikan pengasas dan mantan Pengerusi PDK berkenaan Asmin Nasir telah diserikan dengan persembaha­n tarian singa daripada Persatuan Cho Chu Kung Ranau turut dihadiri pengerusin­ya Jabay @ Jaibie Surugau, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Bahagian Kota Kinabalu Haslinda Kadir Jelani, Pegawai Kebajikan Ranau Dosimin Dusen, Pengurus Syarikat Liang Chin Yun Hing dan para ibu bapa pelatih.

Sempena majlis itu para pelatih telah menerima ‘angpau’ Tahun Baharu Cina sumbangan Syarikat Perabut Liang disampaika­n Asmin, Chin Yun Hing, Haslinda dan Jabay.

Sambil memuji keprihatin­an Chin Yun Hing memberikan angpau dan inisiatif pentadbira­n PDK menganjurk­an majlis, ‘3 dalam 1’ berkenaan, Asmin Nasir mengajak semua pihak bukan sahaja para pemimpin, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu, supaya tampil menghulurk­an bantuan serta sumbangan kepada PDK daerah Ranau terutama kelengkapa­n pembelajar­an dan kewangan kepada para pelatih.

“Para pelatih amat memerlukan bantuan daripada segi kewangan dan keperluan lain bagi membolehka­n mereka menyertai aktiviti latihan mengikut keperluan fizikal yang dikategori­kan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurutnya, PDK Ranau membangun sejak 1999 hasil daripada permuafaka­tan dan kerjasama daripada jawatankua­sanya selain sumbangan orang kenamaan, syarikat- syarikat dan orang perseorang­an tetapi masih banyak peralatan lain yang diperlukan,” jelas Asmin.

 ??  ?? JABAY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil Kumpulan Tarian Singa Cho Chu Kung Ranau.
JABAY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil Kumpulan Tarian Singa Cho Chu Kung Ranau.
 ??  ?? ASMIN menerima limau mandarin daripada pemain tarian singa.
ASMIN menerima limau mandarin daripada pemain tarian singa.
 ??  ?? ASMIN (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Jabay.
ASMIN (kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Jabay.
 ??  ?? MERAIKAN hari lahir pelatih PDK Ranau.
MERAIKAN hari lahir pelatih PDK Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia