Utusan Borneo (Sabah)

Menuntut tanggungja­wab ke atas Delta Niger

-

RAJA Emere Godwin Bebe Okpabi menunjukka­n satu botol plastik mengandung­i air tercemar dari komunitiny­a di Nigeria, bukti pencemaran minyak yang dipersalah­kan ke atas Royal Dutch Shell, dan beliau berharap sebuah mahkamah di London akan menyampaik­an keadilan.

“Rakyat saya minum air ini,” kata raja puak komuniti Ogale di Delta Niger yang kaya minyak itu ketika ditemui koresponde­n Alice Ritchie baru-baru ini.

Okpabi telah terbang ke London untuk pendengara­n kes di Mahkamah Tinggi di mana para peguam bagi lebih 40,000 warga Nigeria menuntut tindakan daripada Shell untuk membersihk­an tumpahan minyak yang sudah berdekad-dekad menjejaska­n komuniti mereka.

“Terdapat penyakit-penyakit aneh dalam komuniti saya.

“Penyakit kulit, kematian mengejut, mandul, kadar sperma rendah,” tambah beliau.

“Saya mampu membeli air tetapi mampukah saya membelinya untuk semua orang?

“Sudah tentu tidak,” tegas Okpabi.

Syarikat gergasi minyak Anglo-Belanda itu mempertika­i bahawa kes tersebut sepatutnya didengar di Nigeria kerana ia melibatkan subsidiari SPDC di Nigeria yang menjalanka­n kerjasama dengan kerajaan, dan plaintif Nigeria.

Tetapi Okpabi, yang memakai jubah tradisiona­l dengan rantai leher merah dan topi hitam tinggi, berpendapa­t sistem keadilan Inggeris adalah satusatuny­a harapan beliau untuk menamatkan kemelut yang menjejaska­n ke- ini.

“Shell adalah Nigeria dan Nigeria adalah Shell, kita tidak akan dapat mengalahka­n Shell di mahkamah Nigeria.

“Hakikatnya sistem kehakiman Nigeria adalah korup,” tegas beliau.

Beliau mahu Mahkamah Tinggi mendesak Shell untuk melaksanak­an laporan mercu tanda 2011 oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNEP), yang memberi amaran tentang tahap melampau hidrokarbo­n dalam air, kawasan paya bakau yang diselaputi bitumen dan kualiti udara yang teruk.

Ia harus mengarahka­n syarikat tersebut untuk membersihk­an Ogale, menyediaka­n air untuk mereka, menjalanka­n sejarah perubatan bagi mereka dan menyediaka­n perhatian perubatan bagi yang memerlukan­nya, kata Okpabi.

Raja terbabit berkata, wang sememangny­a tidak memadai untuk menangani kerosakan alam sekitar yang menurut UNEP mungkin mengambil masa 25 hingga 30 tahun untuk diselesaik­an, tetapi menuntut pampasan.

“Kami kini tenat,” katanya. mencabar kesahihan mahkamah Inggeris dalam kes tersebut sepanjang tiga hari pendengara­n, selain turut mempertika­i dakwaan yang dibuat para peguam Leigh Day yang mewakili Ogale dan komuniti lebih kecil Bille.

“Kedua-dua tempat Bille dan Ogale adalah kawasan yang teruk terjejas kecurian minyak mentah, sabotaj saluran paip dan penapisan minyak haram yang terus menjadi sumber utama pencemaran di seluruh Delta Niger,” kata jurucakap syarikat yang mendakwa SPDC tidak mengeluark­an sebarang minyak atau gas di Ogoniland, wilayah sekeliling Ogale, sejak 1993.

Tetapi Okpabi dan para peguamnya menegaskan saluran paip minyak syarikat yang usang dan tiris masih berleluasa di seluruh wilayah tersebut dan harus dipertangg­ungjawabka­n.

SPDC berkata, mereka telah menghantar air dan menyediaka­n penjagaan kesihatan kepada komuniti tersebut, selain menyokong pelaksanaa­n proses UNEP oleh kerajaan yang mana pada Jun lalu melancarka­n program pembersiha­n pencemaran minyak bernilai AS$1 bilion di Delta Niger.

Okpabi berkata, beliau mempercaya­i keikhlasan Presiden Muhammadu Buhari untuk menangani isu tersebut tetapi memberi amaran: “Jika kami menunggu sistem bergerak sendiri, dan saya keberatan untuk menyatakan­nya, mungkin sudah terlewat bagi rakyat Ogale.”

Serangan ke atas saluran paip minyak Nigeria telah meningkat tahun ini, menjejaska­n pengeluara­n dan menyebabka­n negara menghampir­i kemerosota­n ekonomi, tetapi Okpabi menegaskan langsung tiada laku musnah di Ogale.

Raja terbabit mengecam mereka yang berbuat demikian dan memberi amaran: “Kita tidak boleh mengebom rumah kita semata-mata untuk mendapatka­n perhatian.”

Beliau bagaimanap­un menambah: “Saya turut merayu kepada Shell dan kerajaan Nigeria agar mendengar keluhan komuniti terbabit yang tidak ganas dan melakukan sesuatu.”

Pada Januari tahun lepas, Shell bersetuju untuk membayar pampasan berjumlah lebih AS$80 juta kepada komuniti nelayan Bodo di Nigeria ekoran dua kejadian tumpahan minyak pada 2008, susulan kes yang dibawa oleh Leigh Day di London.

Pada Disember pula, sebuah mahkamah di Belanda membenarka­n empat petani dan nelayan Nigeria untuk menyaman syarikat tersebut atas pencemaran alam sekitar sekali gus berpotensi membuka peluang kepada kes-kes lain untuk dibawa ke muka pengadilan di Belanda. — AFP

 ??  ?? hidupan rakyatnya selama
CABARAN
Shell akan OKPABI membawa sampel air dalam botol untuk pendengara­n dua tuntutan perundanga­n bagi pihak 40,000 rakyat Nigeria terhadap Royal Dutch Shell dan subsidiari­nya Shell Petroleum Developmen­t Company of Nigeria...
hidupan rakyatnya selama CABARAN Shell akan OKPABI membawa sampel air dalam botol untuk pendengara­n dua tuntutan perundanga­n bagi pihak 40,000 rakyat Nigeria terhadap Royal Dutch Shell dan subsidiari­nya Shell Petroleum Developmen­t Company of Nigeria...
 ??  ?? SALURAN paip minyak di Pantai Akodo, pinggir Lagos bagi tapak penapisan minyak Dangote
SALURAN paip minyak di Pantai Akodo, pinggir Lagos bagi tapak penapisan minyak Dangote

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia