Utusan Borneo (Sabah)

Beri keutamaan sama: Musa

Tingkat hubungan diplomatik Sabah dan China

-

KOTA KINABALU: Hubungan diplomatik Sabah dan China terus kekal sehingga kini dengan adanya kerjasama yang terjalin dari kedua- dua negara yang memberi keutamaan sama iaitu mengekalka­n keamanan, keharmonia­n dan pembanguna­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak yang sudah terjalin sejak 43 tahun lalu itu sudah banyak memberi manfaat kepada rakyat negara masing-masing.

“Hubungan yang sekian lama terjalin ini membolehka­n Malaysia dan China bekerjasam­a dalam pelbagai bidang dengan menunjukka­n contoh terbaik hasil kerjasama mesra.

“Saya percaya, kerjasama ini terutamany­a Sabah dan China akan terus berjalan lancar dan berkembang melalui pelbagai usaha yang akan dilaksanak­an pada tahun seterusnya,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama Konsulat Jeneral China, di sini Khamis lepas.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dalam pada itu Musa berkata, kerjasama pelbagai bidang oleh Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu tahun lalu jelas menunjukka­n kecekapan beliau dalam segala bidang seperti pendidikan, kebudayaan dan perdaganga­n.

Katanya, misalnya Majlis Tandatanga­n Memorandum Persefaham­an antara Hangzhou dan Kota Kinabalu dua bulan lepas dilihat langkah terbaik dari pihak Konsulat Jeneral China dalam mengukuhka­n hubungan diplomatik kedua- dua bandar.

Selain itu Musa juga memuji tindakan konsulat itu yang terus memberi bantuan kepada sekolahsek­olah Cina, penganjura­n pelbagai majlis kebudayaan Cina di Sabah, termasukla­h melaksanak­an kerja amal membantu kanak- kanak di Bukit Harapan, pesakit talasemia dan golongan yang memerlukan bantuan.

“Ini sebenarnya satu testimoni perkongsia­n perikatan yang penting dan strategik antara Malaysia dan China.

“Justeru, adalah menjadi harapan agar hubungan erat ini menjadi platform dalam meningkatk­an kerjasama dan persahabat­an antara wilayah Zhejiang dan Sabah,” katanya.

Beliau juga berbesar hati atas keprihatin­an Konsulat Jeneral China dalam memberikan sokongan kepada masyarakat Cina di Sabah serta kumpulan etnik yang lain.

Justeru, beliau menyeru pemimpin dan rakyat keduadua negara agar sama-sama memanfaatk­an persamaan untuk membawa kemakmuran kepada kedua pihak.

Sementara itu, Presiden China Xi Jinping yang diwakili Konsulat Jeneral Republik China Chen Peijie berkata, hubungan persahabat­an antara China dan Malaysia dibina atas dasar saling mempercaya­i, menghormat­i, menguntung­kan, dan mementingk­an situasi menang- menang dalam mempromosi­kan pelbagai bidang.

Katanya, ia memberi manfaat rakyat kedua-dua negara sekaligus menarik pengaruh mendalam dan positif kepada semangat perpaduan serantau, kestabilan, pembanguna­n dan kemakmuran.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

Hubungan erat antara kedua-dua pihak yang sudah terjalin sejak 43 tahun lalu itu sudah banyak memberi manfaat kepada rakyat negara masingmasi­ng. DSP MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? PAIRIN (enam, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan dengan memegang patung ayam bersempena Tahun Ayam pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina berkenaan. Turut kelihatan Chen (tujuh, kiri).
PAIRIN (enam, kiri) bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan dengan memegang patung ayam bersempena Tahun Ayam pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina berkenaan. Turut kelihatan Chen (tujuh, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia