Utusan Borneo (Sabah)

Dusun Buah-Buahan UMSKAL didik sayang universiti

-

LABUAN: Dusun BuahBuahan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan ( UMSKAL) diwujudkan sebagai simbolik supaya pelajar dan kakitangan cinta dan sayangkan universiti yang menjadi tempat mereka menimba ilmu dan mencari rezeki.

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berkata penanaman buah- buahan berkenaan sebagai simbol penjagaan universiti dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Katanya, sebanyak 97 pelbagai jenis buah-buahan telah ditanam di kawasan Dewan Kuliah Pusat (DKP) yang dijangka berbuah dalam tempoh dua tahun.

Dr Murnizam berkata antara buah-buahan berkenaan ialah 40 pokok mangga pelbagai jenis termasuk mangga harumanis, mangga king, mangga kelapa dan mangga Irwin, cempedak, jambu batu, longan, rambutan, ciku, durian dan kelapa pandan. “Dusun buah- buahan UMSKAL ini merupakan projek eko kampus yang menggalakk­an pelajar dan kakitangan menjaga universiti seperti mana mereka menjaga pokok berkenaan.

“Selepas dua tahun warga kampus akan menikmati hasilnya,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengetuai pegawai kanan dan kakitangan menanam pokok buah- buahan di kawasan DKP, Khamis lalu.

Turut hadir Timbalan Pengarah Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan Prof Madya Dr Hanudin Amin, Timbalan Dekan Fakulti Komputeran Informatik Dr Zamhar Ismail dan Timbalan Pendaftar Kanan Zamri Mohamad Tuah.

Pokok buah- buahan berkenaan ditanam oleh ketuaketua sektor dan kakitangan di UMS Labuan.

Tambah Dr Murnizam, pihaknya menggunaka­n kaedah sistem hybrid fetrigasi selain mendapat bantuan teknikal daripada Jabatan Pertanian Labuan. Katanya, menerusi program itu

ianya akan mengajar pelajar dan kakitangan cara penjagaan dan penanaman pokok buah-buahan yang betul sekaligus mendidik mereka menjaga UMSKAL dengan sebaik mungkin. “Menerusi program berkenaan pelawat yang datang ke UMSKAL akan dibawa melawat dusun buah- buahan itu sekaligus menarik kehadiran pelancong ke Wilayah Persekutua­n Labuan, “katanya.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Pertanian Labuan yang memberikan bantuan teknikal.

Ketua Sektor Perpustaka­an Baharin Entoh merupakan Pengurus Projek Dusun Buah- Buahan UMSKAL yang dibantu oleh Ketua Sektor Keselamata­n Usamah Mat Desa.

 ??  ?? MURNIZAM (baju kuning) menanam pokok mangga sambil diperhatik­an pegawai dan kakitangan UMS Labuan yang turut menanam pelbagai jenis buah di Dusun Buah-Buahan UMSKAL.
MURNIZAM (baju kuning) menanam pokok mangga sambil diperhatik­an pegawai dan kakitangan UMS Labuan yang turut menanam pelbagai jenis buah di Dusun Buah-Buahan UMSKAL.
 ??  ?? KETUA Sektor Perpustaka­an, Baharin Entoh (kanan) menyiram pokok durian sambil diperhatik­an kakitangan­nya.
KETUA Sektor Perpustaka­an, Baharin Entoh (kanan) menyiram pokok durian sambil diperhatik­an kakitangan­nya.
 ??  ?? USAMAH Mat Desa (kiri) membantu kakitangan PPIB menanam pokok rambutan di Dusun Buah-Buahan UMSKAL.
USAMAH Mat Desa (kiri) membantu kakitangan PPIB menanam pokok rambutan di Dusun Buah-Buahan UMSKAL.
 ??  ?? ZAMRI menanam pokok longan sambil diperhatik­an kakitangan UMS Labuan.
ZAMRI menanam pokok longan sambil diperhatik­an kakitangan UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia