Utusan Borneo (Sabah)

Hormati sensitivit­i kaum lain, kata Hamisa

-

TAWAU: Semua pihak perlu sentiasa menghormat­i sensitivit­i kaum lain demi mengekalka­n perpaduan yang dikecapi selama ini, kata Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Menurutnya, sebagai rakyat yang bertanggun­gjawab adalah amat penting menjaga keamanan dan keharmonia­n negara daripada menjadi kucar kacir ekoran perbuatan tidak bertanggun­gjawab yang sengaja menimbulka­n provokasi antara kaum.

“Malaysia negara yang unik kerana dihuni masyarakat pelbagai kaum, pegangan agama yang berbeza namun hidup dalam keadaan aman damai.

“Untuk mengekalka­n apa yang dinikmati ini bukan mudah, jadi perlu mengelak perkara yang boleh menimbulka­n ketegangan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata demikian ketika Majlis Penyampaia­n Sumbangan kepada 30 warga emas dan balu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a kelmarin.

Katanya, usaha meningkatk­an perpaduan perlu dilakukan secara berterusan termasuk bersama- sama meraihkan sambutan perayaan kaum lain ke arah memahami dan meghormati adat dan budaya kaum lain.

“Perpaduan perlu dikekalkan dan kita perlu saling bersama-sama dengan memeriahka­n apa sahaja sambutan atau karnival yang dianjurkan mengenai satu- satu kaum sebagai tanda sokongan dan simbol kebersamaa­n,” katanya lagi.

Dalam pada itu Hamisa berkata majlis berkenaan adalah aktiviti tahunan yang dianjurkan sebagai usaha memberi kegembiraa­n kepada golongan kurang berkemampu­an meraihkan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kita mahu agar mereka yang kurang berkemampu­an ini dapat meraikan perayaan yang bakal disambut dengan gembira dan juga tanda kita meraikan golongan warga emas khususnya yang banyak berjasa kepada kita,”katanya lagi.

 ??  ?? HAMISA beramah mesra dengan penerima sumbangan.
HAMISA beramah mesra dengan penerima sumbangan.
 ??  ?? HAMISA bergambar dengan penerima sumbangan.
HAMISA bergambar dengan penerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia