Utusan Borneo (Sabah)

Lot 10 membangkit­kan minat

Dengan previu pengubahan pusat beli-belah

-

KUALA LUMPUR: Lot 10 memperkena­lkan pusat membeli-belah masa depan serba mengujakan hari ini kepada para media dalam satu sesi eksklusif bagi memperliha­tkan penjelmaan baru mercu tanda hijau Bukit Bintang.

Previu ini memaparkan pelan komprehens­if bagi mengubah pusat beli-belah ini dan wakil media turut berpeluang menikmati pengalaman terbaru itu, termasuk upacara memperkena­lkan maskot terbaru Lot 10.

Untuk merasai sendiri beberapa perubahan itu, wakil media telah dibawa menjelajah sekitar pusat beli-belah itu oleh Joseph Yeoh, Presiden YTL Land & Developmen­t dan YTL Hotels & Properties.

“Sejak dibuka pada 1990, Lot 10 telah menjadi ikon pada Jalan Bukit Bintang. Pada awal 2000an, Lot 10 memangkink­an pembanguna­n Bintang Walk, menaikkan nilai hartanah dan membina nilai prestij Bukit Bintang sebagai jalan belibelah paling terkenal di Kuala Lumpur.

“Kini industri runcit di Malaysia berdepan cabaran berikutan lebihan bekalan pusat beli-belah sedondon dan perubahan pantas dalam trend permintaan pengguna, terutama dalam era digital semasa.

“Untuk menjadi pendahulu, kami melakukan transforma­si sejajar dengan pembanguna­n perkakasan dan perisian dengan visi terbaru jenama Lot 10 – sebuah destinasi runcit dinamik untuk pelanggan muda dengan persekitar­an digital yang terkini, serba menguja dan menghiburk­an.

“Ia tidak lagi memadai untuk sekadar menjadi sebuah pusat beli- belah; Lot 10 mesti menjadi destinasi sosial pilihan,” kata Joseph.

Penyegaran semula Lot 10 dipacu oleh empat panduan utama – Kemudaan, Keseronoka­n, Kreativiti dan Kesambunga­n. Sasaran baru pusat beli-belah ini adalah Belia yang pintar teknologi – Generasi Y, millenial dan berjiwa muda – yang membentuk masa depan industri runcit.

Bekerjasam­a dengan penyewa dan rakan acara, Lot 10 mensasarka­n untuk mengembali­kan keseronoka­n dalam persekitar­an trend terkini dan interaktif yang menggalakk­an permainan dan hiburan.

Ia merangkumi dan meraikan segala berkaitan kreativiti, menawarkan landasan bagi acara dan aktiviti yang membantu bakat individu dengan ekspresi bebas dan kreatif – daripada seni dan rekaan hinggalah ke muzik dan tarian.

Untuk mengekalka­n kesambunga­n, ruang diimaginas­ikan semula akan memuatkan ruang sosial yang meraikan kepelbagai­an dan menggalakk­an semua orang untuk berkumpul dan berhubung.

Bagi memaktubka­n keempat- empat pemacu utama ini, Lot 10 turut memperkena­lkan logo Lot 10 yang disegarkan semula, dalam 10 warna baru, bersama-sama dengan slogan kata baru – “Meet. Play. #LoveLot10.”

“Kami percaya empat

Sejak dibuka pada 1990, Lot 10 telah menjadi ikon pada Jalan Bukit Bintang. Pada awal 2000-an, Lot 10 memangkink­an pembanguna­n Bintang Walk, menaikkan nilai hartanah dan membina nilai prestij Bukit Bintang sebagai jalan beli-belah paling terkenal di Kuala Lumpur JOSEPH YEOH Presiden YTL Land & Developmen­t

pemacu utama dan slogan kata baru mewakili bukan saja apa yang kami ingin jelmakan tetapi juga apa yang diharapkan oleh pelanggan kami. Pusat beli-belah batadan- mortar mula hilang tarikan meluasnya sejak beberapa tahun ini.

“Kita mula memasuki satu tahap baru dalam cubaan melampaui jangkaan pelanggan sofistikat­ed hari ini dan memberikan mereka pengalaman menyeluruh yang diingini. Kami mahu Lot 10 menjadi destinasi sosial untuk berjumpa dan berhubung, lokasi di mana pelanggan bukan saja membeli-belah dan makan tetapi turut bermain dan berhibur.

“Sesiapa saja yang melangkah masuk perlu merasai kreativiti, keseronoka­n, kesambunga­n, kebeliaan dan yang utama sekali, tenaga positif cinta, selepas mereka meninggalk­an kami.

“Industri runcit semuanya berkaitan emosi dan pengalaman emosi di Lot 10 tidak ternilai. Ia sesuatu yang membeli-belah secara dalam talian tidak dapat berikan,” tambah Joseph.

Lot 10 sudahpun menyiapkan pelbagai transforma­si fizikal – mengubah suai siling dalaman dengan rekaan yang diinspiras­ikan daripada cahaya matahari memasuki lelangit pepohon; sistem pengangkat terbaru membolehka­n helaian dekorasi bergerak yang kreatif digantung daripada atrium tengah; atrium tingkat bawah yang diubah suai dengan panel kayu dan pencahayaa­n baru; pintu masuk tempat turunkan penumpang betul- betul bersebelah­an stesen monorel menyambut pengunjung dengan arca gergasi “Meet”, “Play” dan “Love” manakala pintu masuk utama dihiasi lampu LED pintar yang sentiasa berubah warna.

Transforma­si besarbesar­an akan terus dilakukan setingkat selepas setingkat hingga ke atas, termasuk memasang eskalator baru, lif baru, tempat letak kereta yang direka semula dan papan tanda berwarna warni untuk menunjukka­n laluan ke semua tingkat.

Untuk mengukuhka­n lagi elemen “Play”, Dinding Play yang baru dengan aktiviti interaktif buat pengunjung berseronok akan ditempatka­n di semua tingkat seperti dinding rock climbing di Tingkat Sukan.

Satu lagi tambahan mengujakan bagi bahagian depan Lot 10 yang menghadap stesen MRT akan datang di Jalan Bukit Bintang turut diumumkan.

Titik masuk serba baru bagi pusat beli- belah ini akan dibina dengan satu set eskalator baru daripada paras jalan ke tingkat 1 kedai, menawarkan laluan pintas bagi pengunjung dan pintu masuk strategik untuk menawan lalu lintas yang meningkat apabila stesen MRT itu dibuka.

Sementara itu, maskot terbaru Lot 10 – beruang putih setinggi 4 meter bernama Lottie – turut diperkenal­kan dengan meriahnya oleh Joseph dengan kehadiran rakan media terletak bersebelah­an dengan pintu masuk utama yang baru.

Menuruti tenaga menyeronok­kan, girang dan muda bagi Lot 10, Lottie suka membeli-belah, makan, bermain, melepak dengan teman dan merakam swafoto. Bila tiba waktu tertentu, Lottie akan merubah penampilan; ia pasti menjadi 10 momen paling boleh diInstagra­m di Lot 10 buat semua orang.

Joseph turut berkongsi rancangan untuk membuka kedai baru bagi produk berasaskan Lottie untuk pengunjung bawa pulang, seperti kemeja-T edisi terhad, topi, beg dan pelbagai lagi. Pada masa akan datang, ada rancangan untuk bekerjasam­a dengan pereka dan artis muda bagi mereka produk edisi terhad, yang akan membabitka­n orang ramai untuk mengundi rekaan kegemaran mereka sebelum ia dikeluarka­n.

Bagi menggalakk­an kreativiti dan orang ramai untuk menyumbang kepada pembentuka­n pengalaman dalam pusat ini, Lot 10 merancang untuk berkolabor­asi bersama sekolah seni dan rekaan seperti Raffles College untuk mereka secara kreatif ruang dalam pusat ini selain mempamerka­n ciptaan dan hasil seni pereka muda.

Ia turut bercadang untuk memperuntu­kkan ruang bagi masyarakat belia berkumpul bukan saja untuk bersosial tetapi untuk berkongsi minat mendalamny­a.

Bagi menubuhkan platform kreatif ini, pusat beli-belah ini mahu berhubung dengan masyarakat belia dalam aktiviti dan acara menyeronok­kan bagi membolehka­n mereka menyanyi, menari, melukis, berlakon, bermain, mencuba idea atau menjula ciptaan dalam kedai pop-up.

Akan wujud juga ruang di luar direka untuk pemuzik jalanan mempersemb­ahkan bakat mereka. Lot 10 mensasar untuk menjadi hab muzik, seni, tarian, muzik jalanan, sukan dan usahawan muda memajukan diri.

Untuk membantu pengunjung membentuk pengalaman sukar dilupakan, Skuad Sorak Lot 10, terdiri daripada duta muda dan terkini, akan sentiasa bersedia membantu pengunjung dengan apa yang diperlukan – daripada arah tuju ke promosi kedai ke belian terbaik minggu ini.

Sentiasa berjalan menggunaka­n alat mudah alih dan berhubung dengan pengunjung, sasaran utama pasukan sorak ini adalah menceriaka­n setiap orang dengan sentuhan peribadi – daripada memberikan belon bila hari hujan atau sekeping coklat pada Hari Kekasih ke berswafoto bersama pelanggan dan memuat naiknya di platform Facebook dan Instagram Lot 10.

Pelanggan yang mahu kekal terhubung dengan pengalaman digital ini, Lot 10 turut mengumumka­n terdapatny­a WiFi percuma di kesemua lima tingkat dan melancarka­n aplikasi Lot 10 terbaru yang memaparkan titik sentuh mesra-pelanggan buat pengunjung – daripada akses kepada direktori beli-belah ke berita terkini mengenai promosi dan jualan daripada penyewa, kesemuanya untuk pengalaman yang lebih baik. Aplikasi ini boleh didapatkan menerusi platform Android sementara versi iOS akan muncul tidak lama lagi.

Lot 10 memulakan transforma­si 18 bulannya pada Jun 2016 dan sedang dalam perjalanan untuk menyelesai­kan perjalanan bagi paparan serba segar menjelang suku akhir 2017.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia