Utusan Borneo (Sabah)

Silk Garden, Pacific Sutera tawar empat set menu Yee Sang

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Di kala sambutan Tahun Baharu Cina hanya tinggal seminggu sahaja lagi, masyarakat Tiong Hua pasti mula tercari-cari restoran yang menawarkan hidangan menu terbaik untuk mereka meraikan Tahun Baharu Cina bersama anggota keluarga.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Silk Garden Pacific Sutera Harbour menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang pasti mampu memenuhi citarasa semua pihak dari kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Untuk tahun ini, Silk Garden menawarkan empat pilihan set menu Yee Sang yang berlainan dan mula diperkenal­kan kepada pelanggan kelmarin ( 20 Januari) sehingga 11 Februari.

Set pertama meliputi assorted vegetables with Yee Sang, buah- buahan segar dengan minyak bijan. Set seterusnya adalah Fresh Salmon Yee Sang with Sweet Turnip dengan minyak bijan. Pilihan set lain termasukla­h sliced fresh surft clams Yee Sang bersama dengan minyak bijan.

Set terakhir adalah sliced abalones with Yee Sang, snow pearl yang dihidang dengan minyak bijan.

Selain set menu Yee Sang, Silk Garden turut menyediaka­n dua pilihan Set Menu Chinese New Year yang mula ditawarkan pada 27 Januari hingga 11 Februari.

Untuk set menu pertama, ia meliputi salmon fish yee sang yang dihidang dengan minyak bijan; double-boiled fish maw soup with dried scallop, silken chicken & Taiwan cabbage, standing roasted village chicken, steamed red coral fish with essence of chicken, wokfried prawn with rock salt & garlic, braised dried oyster, sea moos in money bag with winter wild mushrooms; steamed glutinous rice with yam, preserved meat & BBQ chicken in Lotus, chilled peach gum with snow lotus seeds & red dates; serta deep- fried ‘Nian Gao’ in avocado paste wrapping with kataifi rolls.

Set menu kedua terdiri daripada Yee Sang with Sliced abalones dihidang dengan snow pearl dan minyak bijan; hard-boiled dried scallops & silken chicken with bamboo sheng broth; stew duck stuffed with eight treasures in superior brown sauce; steamed & stir fried red coral fish with macademia nuts in essence of chicken; Indonesian-style wok-fried prawns with curry leaf; slow braised winter wild mushrooms with dried oyster, slice abalones in money bag; steamed glutinous rice with yam, preserved meat & BBQ Chicken in lotus; Edamame beans with vanilla ice cream in peach gum; deep-fried ‘Nian Gao’ in avocado paste wrapping with kataifi rolls.

Selain daripada set menu berkenaan, Silk Garden juga menawarkan pilihan dim sum untuk makan tengahari.

Menu lain yang turut dihidangka­n di Silk Garden istimewa untuk Tahun Baharu Cina ini adalah Chinese New Year Prosperity Lucky Pot.

Ia meliputi fish maw, fish lips, udang, dried scallops, dried oysters, flower mushrooms, ayam kampung stim, itik panggang, sea asparagus, suno fish fillet, brocolli dan lobak putih.

Dengan pilihan menu yang pelbagai ditawarkan di Silk Garden itu, ia pasti mampu memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan hidang istimewa bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia