Utusan Borneo (Sabah)

Taman Tema Sentosa dan Warung Atas Café menyertai rakan dagang kad ahli Everrise

-

Taman Tema Sentosa dan Warung Atap Café menyertai rakan dagang kad ahli Everrise bermula hari ini.

Taman Tema Sentosa menawarkan pelbagai jenis aktiviti termasuk kereta ‘kid bumper’, muzium 5D Kuso, permainan pencarian 3D, ‘driff’ basikal, ‘ drift go- karting’, ‘ inline skating’, ‘9D virtual reality’, memanah, mini ATV dan banyak lagi.

Antara tumpuan di taman tema ini ialah muzium 5D Kuso yang menarik pengunjung untuk merakamkan gambar kenangan mereka.

Pengarahny­a, Andy Liu berkata, ini merupakan muzium 5D pertama di Sarawak dan kedua di Asia Tenggara selepas Pulau Pinang.

Sebanyak 40 latar belakang pelbagai tema seperti cermin magik, dunia fantasi, jambatan buluh, hutan tropika, bilik romantik, kolam renang disediakan kepada pengun- jung.

Selain itu, tarikan paling eksklusif di taman tema ini ialah Augmented Reality dari United Kingdom termasuk binatang prasejarah seperti dinosaurs.

Sementara itu, Warung Atap Café menawarkan pelbagai cita rasa makanan Malaysia, Indonesia dan Barat.

Warung ini merupakan tempat ideal untuk acaraacara seperti jamuan malam tahunan syarikat, majlis korporat, parti hari jadi, parti tema, perjumpaan keluarga dan lain-lain dengan maksimum 300 tetamu.

Ahli Everrise kini menikmati 5 peratus diskaun bagi jumlah bil bagi semua aktiviti bertiket (tidak termasuk tiket promosi) di Taman Tema Sentosa.

Dengan pembelian RM30 dan ke atas dalam satu resit di Warung Atap Café, ahli Everrise layak untuk mendapatka­n diskaun 5 peratus dan diskaun 10 peratus akan diberikan untuk setiap resit pada bulan kelahiran ahli.

Taman Tema Sentosa dan Warung Atap Café masingmasi­ng terletak di Lot 310, Block 17, Jalan Stakan, Kota Sentosa, Kuching dan untuk maklumat lanjut sila hubungi 082-622777.

Bagi ahli kad Everrise, mereka boleh menjangkak­an banyak hadiah menarik dan tawaran eksklusif seperti harga ahli dan mata tambahan untuk barangan terpilih di Everrise selain menikmati keistimewa­an di lebih 50 rakan dagang kad ahli Everrise.

Mata ahli tidak pernah luput dengan hanya kekal sebagai ahli aktif dan boleh menebus baucar tunai RM5 dengan 200 mata ahli.

Pelanggan yang ingin menjadi ahli boleh memohon kad keahlian mereka di kaunter perkhidmat­an di semua premis Everrise.

 ??  ?? TAMAN Tema Sentosa dan Warung Atap Café kini rakan dagang ahli kad Everrise.
TAMAN Tema Sentosa dan Warung Atap Café kini rakan dagang ahli kad Everrise.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia