Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muda digesa manfaatkan tahun promosi

2017 diisytihar tahun promosi syarikat permulaan dan PKS

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) menggalakk­an usahawan muda untuk memanfaatk­an pengumuman kerajaan yang mengisytih­arkan 2017 sebagai tahun untuk promosi syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusin­ya Datuk Noraini Ahmad berkata usahawan muda Malaysia sangat berbakat dan kreatif dalam perniagaan mereka, sama ada perniagaan di luar talian atau dalam talian.

“Sebagai agensi kerajaan, MATRADE mahu terus membantu mendidik mereka untuk mengembang­kan perniagaan dan meneroka pasaran di luar negara.

Ini boleh dilakukan melalui

Sebagai agensi kerajaan, MATRADE mahu terus membantu mendidik mereka untuk mengembang­kan perniagaan dan meneroka pasaran di luar negara DATUK NORAINI AHMAD Pengerusi

program anjuran MATRADE iaitu Program Latihan Pengekspor­t dan e- Dagang, yang merupakan inisiatif untuk meningkatk­an penerimaan PKS dalam platform e- dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Indienomic­s dan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) di sini semalam.

Noraini berkata, MATRADE mendapati terdapat aliran meningkat dalam perniagaan dalam talian dalam kalangan belia memandangk­an ia dapat menjimatka­n kos selain pantas.

“Kami sudah dihubungi oleh syarikat-syarikat untuk membantu mereka, dan berharap lebih banyak akan tampil ke hadapan,” katanya.

MoU itu akan menyaksika­n peserta MANTAP menjalani program latihan dan pekerjaan di syarikat yang berdaftar dengan Indienomic­s.

Indienomic­s merupakan Gerakan Keusahawan­an yang menggabung­kan lebih 30 ikon Usahawan Muda dari pelbagai industri seperti logistik, fesyen, penerbitan buku, hartanah dan komersial.

Peserta MANTAP pula terdiri daripada pelajar lepasan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, termasuk dari luar negara.

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 2017 sebagai tahun promosi untuk syarikat permulaan dan PKS, adalah selari dengan peranan PKS dalam menyumbang kepada pertumbuha­n negara dan pasaran buruh.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia