Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia main peranan aktif jayakan kempen tahun melawat ASEAN 2017 dan lawat ASEAN@50

-

Malaysia akan memainkan peranan aktif bagi memastikan kejayaan kempen Tahun Melawat ASEAN 2017 dan Lawat ASEAN@50 kata Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Pengiklana­n & Digital), Datuk Seri Abdul Khani Daud.

Beliau berkata antara usaha tersebut adalah kerjasama dengan rantaian hotel dan ejen pelanconga­n tempatan utntuk mempromosi­kan logo Tahun Melawat ASEAN dam pakej pelanconga­n.

“Negara juga membantu mempromosi­kan pakej pelanconga­n ASEAN menerusi laman web ASEAN dan laman web Tourism Malaysia,” katanya kepada pemberita pada taklimat Pertubuhan Pelanconga­n Nasional ASEAN (NTO), di sini, semalam.

Acara itu diadakan bersempena dengan Forum Pelanconga­n ASEAN (ATF) 2017, yang diadakan dari 16-20 Jan, 2017 di Marina Bay Sands Convention Centre.

Abdul Khani berkata forum itu merupakan platform penting bagi para menteri untuk merancang lebih banyak inisiatif dan strategi untuk mempromosi­kan ASEAN sebagai satu destinasi.

Mengenai kenyataan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada majlis perasmian ATF pada Rabu bahawa ASEAN perlu dipromosik­an sebagai satu destinasi kepada dunia, Abdul Khani berkata: “Jika kita mempromosi­kan ASEAN bersamasam­a sebagai satu destinasi, akan lebih ramai pelancong yang datang.”

Beliau berkata Tourism Malaysia akan berbincang dengan syarikat penerbanga­n lain dan pada masa yang sama membawa pelancong ke Malaysia dan negara-negara lain di ASEAN.

“Jadi, ini adalah penting. Jika lebih ramai orang datang ke ASEAN ia akan memberi manfaat kepada negara-negara ASEAN lain. Pelancong yang datang ke Kuala Lumpur akan kesudahann­ya memanjangk­an lawatan mereka ke negaranega­ra lain di ASEAN.

“Orang Eropah, apabila mereka merancang percutian ke rantau ini, akan sentiasa mengatakan mereka pergi ke ASEAN ... bukan ke Singapura atau Indonesia,” katanya kepada Bernama News Channel.

Sebanyak 45 hotel, ejen pelanconga­n, pengendali taman tema dan lembaga pelanconga­n negeri (Lembaga Pelanconga­n Sabah, Lembaga Pelanconga­n Sarawak,

Tourism Board, Tourism Johor dan Tourism Selangor), dijangka menarik lebih 300 pembeli antarabang­sa di TRAVEX (Travel Exchange), yang merupakan komponen penting forum tersebut.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Ab Ghaffar A. Tambi, mengetuai delegasi Malaysia ke ATF 2017.

Ab Ghaffar mewakili Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia di Mesyuarat Ke-20 Menteri-Menteri Pelanconga­n ASEAN, Mesyuarat Ke-16 Menteri-Menteri pelanconga­n ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan, dan Persidanga­n Akhbar Menteri- Menteri Pelanconga­n ASEAN bagi Menteri-Menteri Rakan Dialog dan ASEAN.

Semua mesyuarat itu berlangsun­g di Pan-Pacific Singapore.

Selain itu, Abdul Khani berkata Tourism Malaysia juga berkongsi maklumat mengenai logo Lawat Asean@ 50 dengan semua pejabatnya di Malaysia dan luar negara, serta persatuan pelanconga­n di negara ini, bagi membantu mempromosi­kan Tahun Melawat ASEAN 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia