Utusan Borneo (Sabah)

Keyakinan perniagaan rakyat M’sia naik sedikit dalam suku keempat 2016

-

Keyakinan perniagaan rakyat Malaysia naik sedikit pada suku keempat 2016, tetapi kekal lemah berbanding tahun-tahun sebelumnya, lapor Kaji Selidik Keadaan Ekonomi Global (GECS) yang terbaharu.

Kaji selidik yang dibuat oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Institut Pengurusan Akauntan ( IMA) itu, mendedahka­n keyakinan yang lemah itu terkait dengan faktor-faktor seperti penyusutan harga minyak dan nilai ringgit.

“Penyusutan harga minyak memberi kesan kepada keyak- inan ekonomi memandangk­an ia menjejaska­n hasil eksport serta pendapatan kerajaan,” kata Pemangku Ketua ACCA Malaysia Vilashini Ganespathy dalam satu kenyataan semalam.

Langkah kerajaan dalam memotong lagi perbelanja­an bagi mengimbang­i akaun diperlihat­kan dalam indeks jangkaan perbelanja­an kerajaan yang kurang memberangs­angkan untuk Malaysia.

Pemotongan perbelanja­an kerajaan juga dapat dilihat di pasaran maju, di mana kejatuhan dalam indeks perbelanja­an kerajaan sedang berada pada tahap terendah sejak awal 2016, mencermink­an bahawa pasaran maju utama masih berada dalam mod penjimatan, menurut kaji selidik itu.

Ketua Wawasan Perniagaan ACCA, Faye Chua ketika mengulas mengenai senario global ini, memberitah­u ketidakten­tuan politik semasa jelas mempunyai kesan ke atas keyakinan perniagaan global.

“Di Amerika Syarikat, Perkongsia­n Trans-Pasifik mungkin tidak diratifika­sikan manakala kemungkina­n sekatan perdaganga­n dengan pasaran utama termasuk China dan Mexico merupakan faktor utama di sini,” katanya lagi.

Katanya, walaupun dengan kebimbanga­n ini, ekonomi global mungkin akan memulih pada 2017 kerana program rangsangan ekonomi China telah mula menunjukka­n kesan positif dan Amerika Syarikat juga turut menunjukka­n tanda-tanda pemulihan.

GECS untuk suku keempat 2016 telah dibuat antara 24 Nov dan 13 Dis 2016, ia menerima 4,551 maklum balas merangkumi 214 respon dari Malaysia, bakinya daripada anggota-anggota ACCA dan IMA antarabang­sa termasuk lebih daripada 350 ketua pegawai kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia