Utusan Borneo (Sabah)

Peluang sampaikan pandangan

Belia perlu ambil bahagian dalam dialog TN2050

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA BELUD: Generasi belia digesa untuk mengambil bahagian dalam dialog Transforma­si Nasional 2050 ( TN50) seterusnya menyampaik­an aspirasi mereka mengenai bagaimana Malaysia pada tahun 2050.

Ketua Komulakan Upko Ewon Benedick berkata, generasi belia hari ini harus menjadi sebahagian daripada proses pembanguna­n negara secara aktif.

“Saya berpendapa­t golongan belia tidak harus menjadi penonton sematamata. Kita harus turut sama memainkan peranan secara berkualiti di dalam arena ini supaya kita dapat membina Malaysia yang lebih baik pada tahun 2050.

“Hari ini golongan belia diberikan satu platform melalui dialog TN50 yang bukan sahaja memberi peluang kepada kita menyampaik­an pandangan dan aspirasi kita, tetapi juga merencanak­an peranan kita bagaimana aspirasi berkenaan boleh dicapai.

“Dialog ini sebenarnya menyediaka­n golongan muda untuk mewarisi kepimpinan dan urustadbir negara kita,” katanya ketika merasmikan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion, Kota Belud kelmarin.

Beliau berkata, era masa kini yang penuh mencabar menuntut tahap kompetensi yang lebih tinggi supaya golongan muda dapat bersaing dalam bidang pilihan masing- masing dan ianya bermula dengan penyertaan secara berkualiti dalam pelbagai program dialog bagi memahami isu-isu sebenar cabaran masa kini.

“Kita juga merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan kerana memperkena­lkan Biasisiwa Sukan dalam bajet tahun ini.

“Saya berharap para pelajar menggunaka­n kemudahan teknologi maklumat untuk mendapatka­n maklumat yang betul mengenai biasiswa ini supaya mereka yang cemerlang dalam bidang sukan mendapat manfaat,” katanya.

Ewon yang juga Setiausaha Politik di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan turut diberikan taklimat mengenai pembinaan Taman Inovasi SMK Tambulion yang mendapat dana daripada Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia sebanyak RM47,000.00.

Dalam majlis yang sama, Pengetua SMK Tambulion Jackson Siga turut merakamkan penghargaa­n kepada Ewon kerana peranan beliau membawa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau ke SMK Tambulion tahun lalu dan seterusnya mendapat peruntukan dana itu.

Ewon yang juga Ketua Bahagian Upko Kota Belud turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM1,000 kepada SMK Tambulion sebagai persiapan untuk menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Peringkat Daerah Kota Belud.

Golongan belia tidak harus menjadi penonton semata- mata. Kita harus turut sama memainkan peranan secara berkualiti di dalam arena ini supaya kita dapat membina Malaysia yang lebih baik pada tahun 2050 EWON BENEDICK Ketua Komulakan Upko

 ??  ?? PARA pelajar merakamkan gambar kenangan.
PARA pelajar merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? EWON (tiga kanan) diberikan taklimat ketika melawat tapak pembinaan Taman Inovasi SMK Tambulion.
EWON (tiga kanan) diberikan taklimat ketika melawat tapak pembinaan Taman Inovasi SMK Tambulion.
 ??  ?? EWON (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah sebuah pasukan yang mengambil bahagian dalam acara itu.
EWON (lapan kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah sebuah pasukan yang mengambil bahagian dalam acara itu.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar.
EWON menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia