Utusan Borneo (Sabah)

Persembaha­n kebudayaan ceriakan stesen LRT Masjid Jamek

-

PERJALANAN para penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) kini menjadi lebih menarik apabila mereka berpeluang menikmati persembaha­n kesenian dan kebudayaan yang disediakan di Stesen LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur.

Persembaha­n yang dijayakan kumpulan yang memenangi anugerah, ‘Orang Orang Drum Theatre’, baru-baru ini mendapat pujian ramai apabila mereka menyajikan pertunjuka­n permainan alat muzik seperti gendang, kompang dan xilofon yang mengiringi lagu tradisiona­l Melayu dan Cina.

Pelancong Perancis, Ines Bouhenna, 22, berkata dia amat terpikat pada kepelbagai­an persembaha­n yang mempamerka­n ketinggian seni dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

“Saya tidak pernah menyaksika­n persembaha­n budaya seperti ini di negara saya. Ia sesuatu yang menarik dan iramanya begitu menenangka­n jiwa. Saya syorkan agar irama seperti ini dinikmati sebelum tidur,” katanya kepada Bernama.

Penumpang tempatan, Khalidah Ibrahim, 28, pula berkata persembaha­n yang diadakan itu merupakan satu usaha yang boleh meningkatk­an kesedaran dan penghargaa­n rakyat Malaysia terhadap budaya mereka sendiri.

“Ia suatu persembaha­n menarik yang menimbulka­n kesedaran orang ramai tentang pelbagai budaya dan tradisi yang wujud dalam seni persembaha­n di Malaysia,” katanya.

‘Arts On The Move’, program yang diadakan hasil kolaborasi antara Prasarana dan pertubuhan bukan kerajaan, Think City, serta dibiayai Citi Foundation dan Yayasan Hasanah, bertujuan menceriaka­n suasana di stesen LRT, di samping mengajak penumpang turut mengambil bahagian dan menambah pengalaman masingmasi­ng melalui keseniaan.

Pengarah program dan ketua komunikasi korporat Think City, Lee Jia-Ping berkata program itu akan diadakan sepanjang tahun dan diisi dengan pelbagai jenis persembaha­n kebudayaan dan kesenian seperti lukisan mural, seni visual, dikir barat dan wayang kulit yang dijayakan bakat tempatan tersohor. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? AHLI Kumpulan Anak Seni Orang-Orang Drum Theater Leow Hui Min (kiri) menggunaka­n kuali terpakai semasa membuat persembaha­n bersama ahli kumpulan yang lain sempena minggu ‘Art On the Move’di Transit Aliran Ringan Masjid Jamek baru-baru ini. Art On The...
AHLI Kumpulan Anak Seni Orang-Orang Drum Theater Leow Hui Min (kiri) menggunaka­n kuali terpakai semasa membuat persembaha­n bersama ahli kumpulan yang lain sempena minggu ‘Art On the Move’di Transit Aliran Ringan Masjid Jamek baru-baru ini. Art On The...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia