Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet Negeri kekal

Rombakan akan dibuat pada masa sesuai, hanya Kementeria­n Kewangan bakal dikenali Kementeria­n Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi: KM

-

KUCHING: Barisan Kabinet Negeri dikekalkan untuk sementara dan rombakan baharu akan dibuat pada masa sesuai, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, secara umumnya tiada perubahan dalam barisan Kabinet pada waktu ini, hanya tambahan portfolio melibatkan Kementeria­n Kewangan yang kini dikenali Kementeria­n Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi.

“Buat masa ini, saya mahu menumpukan untuk meneruskan apa yang dilaksanak­an oleh Allahyarha­m ( bekas) Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan saya akan melakukan rombakan kabinet apabila tiba masanya nanti,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan MenteriMen­teri Muda, pada Khamis.

Majlis angkat sumpah itu berlangsun­g di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan

DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG

Abang Johari di Dewan Lapau Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Kabinet itu menyaksika­n Abang Johari memegang empat portfolio dengan dua daripadany­a diambil alih daripada Allahyarha­m Adenan, iaitu Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi dan Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar.

Manakala, dua kementeria­n sedia ada kekal disandangn­ya iaitu sebagai Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan.

Sementara itu, Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Kedua kekal dijawat oleh Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kekal sebagai Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua.

Buat masa ini, saya mahu menumpukan untuk meneruskan apa yang dilaksanak­an oleh Allahyarha­m (bekas) Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan saya akan melakukan rombakan Kabinet apabila tiba masanya nanti. Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari (empat kiri) bersama barisan kabinet lain beraksi sebagai tanda satu pasukan selesai sahaja sidang media di DUN.
ABANG Johari (empat kiri) bersama barisan kabinet lain beraksi sebagai tanda satu pasukan selesai sahaja sidang media di DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia