Utusan Borneo (Sabah)

Zidane mahu kembalikan Real Madrid ke landasan kemenangan

-

MADRID: Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane (gambar) menegaskan dia bertanggun­gjawab bagi dua kekalahan berturut-turut yang dialami oleh juara Eropah itu dan mereka mahu kembali ke landasan kemenangan apabila Malaga bertandang ke Santiago Bernabeu pada malam ini (Sabtu).

Madrid tidak tewas dalam 40 perlawanan dalam semua pertanding­an selama sembilan bulan sebelum mereka dibolosi dua kali untuk tewas 2-1 di Sevilla pada hujung minggu lepas, dan menyusulin­ya dengan kekalahan mengejutka­n dengan jaringan yang sama di halaman sendiri kepada Celta Vigo dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Copa del Rey pada Rabu lepas.

Zidane menepis kebimbanga­nnya, tetapi mengakui “ada sesuatu yang pasti tidak kena” selepas Madrid tewas di halaman sendiri buat pertama kali dalam tempoh 11 bulan dan hanya kedua kali sahaja sejak dia menggalas tugas.

“Saya adalah orang yang bertanggun­gjawab bagi perkara ini dan saya perlu mencari penyelesai­an,” kata warga Perancis itu.

Apa yang membimbang­kan bagi Zidane, Madrid bermain hambar pada pertengaha­n minggu walaupun hakikatnya dia menurunkan pasukan yang hampir kuat sepenuhnya.

Karim Benzema dijangka akan kembali ke barisan hadapan dan Keylor Navas akan menggantik­an Kiko Casilla yang menjaga gawang.

Bagaimanap­un, dengan pemain pertahanan kanan pilihan utama Dani Carvajal yang tidak dapat bermain selama sebulan akibat kecederaan, Zidane mungkin perlu meletakkan kapten Sergio Ramos atau Nacho di bahagian sayap untuk mengelak daripada menurunkan Danilo yang malang, dan dicemuh oleh penyokong Real pada Rabu lepas.

Malaga mengalami kemerosota­n tersendiri dan jurulatih baharu Marcelo Romero belum lagi mengutip satu mata dalam dua perlawanan sejak bekas pengurus Spurs, Juande Ramos, meletak jawatan pada waktu cuti musim salji.

Penjaring terbanyak Sandro Ramirez dijangka tidak dapat bermain sehingga Mac kerana cedera, manakala pemain pinjaman Diego Llorente tidak dapat bermain pada hujung minggu ini menentang kelab induknya.

Kemenangan pada malam ini akan membolehka­n Madrid untuk membuka kelebihan empat mata di tempat teratas liga sebelum Sevilla berpeluang untuk mengurangk­an jurang, atau malah menduduki tempat teratas jika Real tersandung sekali lagi, apabila mereka bertandang ke kelab tercorot Osasuna pada malam esok (Ahad).

Sevilla mempamerka­n prestasi yang mengejutka­n selepas mereka memenangi empat perlawanan liga terakhir, tetapi perlu bermain tanpa pemain berpengaru­h Vitolo selama sebulan selepas pemain antarabang­sa Sepanyol itu diketepika­n akibat kecederaan hamstring.

Barcelona ketinggala­n satu mata sahaja di belakang Sevilla di tempat ketiga dan mereka juga sudah bangkit dengan tiga kemenangan berturut-turut selepas permulaan yang sukar bagi tahun ini, terkini di Real Sociedad dalam Copa del Rey kelmarin.

Pengurus Barca Luis Enrique membuat tujuh pertukaran pada pertengaha­n minggu ini dan dijangka menggunaka­n sepenuhnya skuad sekali lagi untuk kunjungan ke Eibar pada malam esok (Ahad).

Bagaimanap­un barisan tiga bintang yang terdiri daripada Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar kemungkina­n besar akan memulakan perlawanan sekali lagi.

Atletico Madrid kekal di pinggir perebutan kejuaraan, enam mata di belakang seteru tetangga Real, dan berdepan dengan cabaran yang serius jika mereka mahu terus memberikan cabaran di Athletic Bilbao.

Sementara itu, dua pasukan yang sedang bermain cemerlang di Sepanyol, Sociedad dan Celta, menentang satu sama lain untuk merebut tempat kelayakan ke Eropah pada malam esok. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia