Utusan Borneo (Sabah)

314 pemain bakal berentap

Kejohanan Badminton Tertutup Remaja Sabah bermula hari ini

-

Kejohanan ini juga sebagai medan pemilihan pemain remaja untuk mewakili Sabah ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Zon C pada 8-12 Mac di Kedah kelak. Selain itu kejohanan ini juga sebagai platform dalam menilai keupayaan para pemain dalam meningkatk­an lagi tahap fizikal, kecergasan, mental mereka dalam sukan ini.

KOTA KINABALU: Seramai 314 pemain remaja dari seluruh daerah di negeri ini akan berkumpul bagi menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Remaja Sabah di Dewan OJS, Jalan Lotong, Kota Marudu yang bermula hari ini (21 Januari) hingga 23 Januari ini.

Kejohanan merupakan anjuran Persatuan Badminton Sabah (SBA) dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Kota Marudu (PBDKM).

Menurut Steve Jay selaku Setiausaha Kehormat SBA berkata, sebanyak 401 penyertaan termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan (Jemputan) merangkumi tiga peringkat umur iaitu bawah 12, 14 dan 16 tahun untuk kategori Perseorang­an dan Beregu Lelaki dan Perempuan akan dipertandi­ngkan dalam kejohanan ini.

Katanya, bagi kategori Perseorang­an Lelaki Bawah 12 Tahun Carlester Cleve James diletakkan sebagai pemain pilihan pertama manakala pilihan kedua Aguwell Andrew.

Sementara Perseorang­an Perempuan Teh Xiao Jing diletakkan sebagai pemain pilihan pertama diikuti oleh Clay Shervina Joinis (pilihan kedua).

Tumpuan kali ini tentunya terarah kepada perseorang­an perempuan bawah 14 tahun yang juga pilihan pertama kejohanan iaitu Arena Satu Sa- min yang telah menjuarai Kejohanan Tertutup Sabah di Tawau baru-baru ini yang dijangka akan berentap di perlawanan akhir menentang Velerry Yap yang diletakkan sebagai pemain pilihan kedua.

Selain itu turut mendapat perhatian iaitu pemain perseorang­an lelaki bawah 16 tahun Muhd Hamizan Mozes, Daniel Edry Elvestly (Perseorang­an Lelaki Bawah 14 tahun), Asfarhani Jasneh/ Macnelia Micheal ( Beregu Perempuan Bawah 16 tahun), Chia Wen/Mohd Nazri (Beregu Lelaki Bawah 14 Tahun), Fong Yii Zhan/Tee Xiao Jing (Beregu Perempuan Bawah 12 Tahun), Ferdinand/Syukur Irfansyah (Beregu Lelaki Bawah 12 Tahun) Demond Anthony Samin/Naldo Fong ( Beregu Lelaki Bawah 16 Tahun), dan Beregu Perempuan Bawah 14 Tahun Arena Satu Samin yang berpasanga­n dengan Goh Shuen Tong.

Dalam masa sama Presiden PBDKM Majumal Mahap ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa terharu atas kepercayaa­n SBA yang telah memberi tanggungja­wab selaku tuan rumah bagi kali kedua untuk menganjur Kejohanan Remaja Tertutup Sabah ini .

Katanya, beliau bersama jawatankua­sa PBDKM akan berusaha sedaya-upaya untuk melaksanak­an kejohanan ini dengan lebih teratur, sempurna dan jayanya di samping kerjasama semua pihak terutamany­a bahagian teknikal kejohanan.

Selain itu katanya, kejohanan seumpama ini juga secara tidak langsung akan dapat mela- hirkan pemain yang berpotensi dan berbakat untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke peringkat negeri dan kebangsaan.

“Diharapkan kejohanan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar kita tidak ketandusan pemain yang berkualiti yang mampu mengharumk­an nama negara suatu hari kelak,” tambahnya.

Sementara itu Presiden SBA Janih Bangud ketika ditemui mengucapka­n syabas dan tahniah kepada PBDKM atas usaha menganjurk­an kejohanan ini yang juga sebagai badan penganjur bagi kali kedua. “Sesungguhn­ya inisiatif ini adalah salah satu langkah yang baik bagi menggalakk­an pembanguna­n sukan badminton khususnya di negeri Sabah.

Selain itu katanya, kejohanan ini juga sebagai medan pemilihan pemain remaja untuk mewakili Sabah ke Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Zon C pada 8-12 Mac di Kedah kelak.

“Selain itu kejohanan ini juga sebagai platform dalam menilai keupayaan para pemain dalam meningkatk­an lagi tahap fizikal, kecergasan, mental mereka dalam sukan ini,” tegasnya.

Beliau turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua AJK penganjur yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah dalam pelaksanaa­n penganjura­n untuk menjayakan kejohanan ini.

“Kepada semua pemain, inilah peluang bagi anda membuktika­n sejauh mana segala usaha latihan yang telah dijalankan selama ini dan diharapkan semua pemain bertanding dengan semangat kesukanan yang tulen,” jelas Janih.

Referi Kehormat kejohanan itu ialah Vickneswar­an Nakar Salapan dibantu oleh Lily Lidond sebagai Timbalan Referi Kehormat dan Ag.Damit @ Buchu Hj.Abu Bakar sebagai Pengerusi Teknikal kejohanan.

Majlis perasmian dijangka akan disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Masiung Banah.

JANIH BAGUD Presiden SBA

 ??  ?? (Gambar kanan)
SEBAHAGIAN barisan jawatankua­sa penganjur SBA.
JANIH menyampaik­an hadiah di pejabat SBA kepada pemenang semasa Kejohanan Remaja Siri 2 di Kota Marudu baru-baru ini.
(Gambar kanan) SEBAHAGIAN barisan jawatankua­sa penganjur SBA. JANIH menyampaik­an hadiah di pejabat SBA kepada pemenang semasa Kejohanan Remaja Siri 2 di Kota Marudu baru-baru ini.
 ??  ?? ARENA Satu Samin pemain Perseorang­an Perempuan Bawah 14 Tahun. SEMASA mesyuarat mengendali­kan cabutan undi di pejabat SBA yang diketuai oleh Vickneswar­an (duduk kiri) bersama Ag.Damit @ Buchu (kanan).
ARENA Satu Samin pemain Perseorang­an Perempuan Bawah 14 Tahun. SEMASA mesyuarat mengendali­kan cabutan undi di pejabat SBA yang diketuai oleh Vickneswar­an (duduk kiri) bersama Ag.Damit @ Buchu (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? JANIH
JANIH
 ??  ?? (Gambar atas) BARISAN AJK PBDKM, Majumal (duduk tengah), Malai Saharuddin (duduk dua kanan).
(Gambar atas) BARISAN AJK PBDKM, Majumal (duduk tengah), Malai Saharuddin (duduk dua kanan).
 ??  ?? AGUWELL Andrew pemain Perseorang­an Lelaki Bawah 12 Tahun.
AGUWELL Andrew pemain Perseorang­an Lelaki Bawah 12 Tahun.
 ??  ?? DANIEL Edry Elvestly pemain Perseorang­an Lelaki Bawah 14 Tahun.
DANIEL Edry Elvestly pemain Perseorang­an Lelaki Bawah 14 Tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia